Judul : Lokman tersangat yakin Perdana Menteri sendiri akan turun padang halang Anwar menang PRK
link : Lokman tersangat yakin Perdana Menteri sendiri akan turun padang halang Anwar menang PRK
Lokman tersangat yakin Perdana Menteri sendiri akan turun padang halang Anwar menang PRK
Datuk Lokman Noor Adam meramalkan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri kelapan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan kesampaian.
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata permusuhan kedua-dua tokoh itu belum selesai dan Mahathir sendiri akan menghalang perkara itu daripada terjadi.
"Saya yakin Dr Mahathir akan tolong letak calon (di PRK Anwar, jika pembangkang tidak berbuat demikian).
"Ini pasti. Dr Mahathir akan usaha bersungguh-sungguh bagi memastikan Anwar tidak jadi perdana menteri. Dia bersungguh-sungguh tak mahu Anwar jadi PM," katanya dalam sidang media di PWTC.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu PRK yang bakal diadakan - mungkin dalam masa terdekat - bagi membolehkan Anwar yang juga bakal presiden PKR untuk kembali ke Parlimen
Laporan: Orang dalam sabotaj, ingkar arahan PM
Ada pihak tertentu dalam Suruhanjaya Perkhidmatan (SPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) didakwa merancang untuk mengingkari arahan perdana menteri sekali gus mensabotaj kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Menurut beberapa sumber ada pegawai tertentu di JPA menggunakan budi bicara sendiri untuk menilai semula pangkat pegawai-pegawai baru yang dilantik kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berdasarkan pekeliling JPA, pelantikan seseorang pegawai memerlukan surat persetujuan daripada menteri atau timbalan mereka selain daripada perdana menteri sendiri.
Pekeliling yang dikeluarkan pada 2012 itu tidak menyatakan pihak SPA atau JPA diberi kuasa bagi menetapkan pangkat seseorang pegawai yang dilantik.
"Mereka (JPA) kata perdana menteri boleh memberi persetujuan tapi akhirnya terserah kepada JPA menentukan pangkat pegawai itu sama ada mereka layak atau tidak," katanya seperti dilapor portal The Malaysian Insight hari ini.
Menurut sumber itu lagi berdasarkan pekeliling berkenaan perdana menteri dan menteri-menteri meluluskan pelantikan beberapa pegawai khas baru, setiausaha sulit dan pegawai media, malah menyatakan gaji yang perlu dibayar buat kakitangan terbabit.
Bagaimanapun katanya JPA tidak mengendahkan arahan berkenaan.
Tambahnya JPA menentukan gred pegawai yang dilantik, malah ada kakitangan yang berkhidmat di bawah kerajaan sebelum ini diturunkan pangkatnya.
Mesti setia kepada kerajaan
Kata sumber itu berdasarkan pekeliling 2012 pegawai yang berkhidmat dalam kerajaan terdahulu perlu diberi gaji sama, tertakluk kepada had maksimum sesuatu gred.
Isu berkenaan katanya dibangkitkan dalam pertemuan mereka dengan Dr Mahathir pada 17 Ogos lalu dan didapati ia berlaku secara berleluasa sehingga memaksa perdana menteri campur tangan untuk mengatasinya.
"Hal ini tidak berlaku di bawah kerajaan BN kerana JPA hanya menjalankan arahan daripada kabinet. Pelik apabila ia berlaku sekarang," kata sumber itu.
Untuk rekod Malaysiakini sebelum ini turut melaporkan pandangan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kakitangan semasa kerajaan.
Ditanya mengenai prestasi menteri HARAPAN, presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata keberkesanan anggota kabinet turut dipengaruhi oleh pegawai kerajaan.
Katanya mereka mesti setia kepada kerajaan semasa.
"Mesti patuh kepada government of the day dan government of the day sekarang ialah HARAPAN," katanya.
Pada masa sama Muhyiddin juga mengingatkan seseorang pegawai kerajaan yang enggan atau gagal melaksanakan tugas seperti diarahkan boleh dikenakan tindakan.
"Itu terserah kepada menteri untuk ambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak lembaga tatatertib atau disiplin tapi kita harap perkara itu tidak menjadi amalan biasalah," katanya.
Sumber : Malaysiakini
Sumber Lokman tersangat yakin Perdana Menteri sendiri akan turun padang halang Anwar menang PRK
Demikianlah Artikel Lokman tersangat yakin Perdana Menteri sendiri akan turun padang halang Anwar menang PRK
Sekianlah artikel Lokman tersangat yakin Perdana Menteri sendiri akan turun padang halang Anwar menang PRK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.