Judul : Jika Ingin Ajar Anak Menulis Dengan Baik, Ibubapa Perlu Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu!
link : Jika Ingin Ajar Anak Menulis Dengan Baik, Ibubapa Perlu Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu!
Jika Ingin Ajar Anak Menulis Dengan Baik, Ibubapa Perlu Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu!
Mak ayah sebenarnya kena beri perhatian dahulu pada 3 kemahiran penting ini menerusi aktiviti-aktiviti yang sesuai.Latih dan ajar anak menulis ini boleh dilakukan seawal usia tiga tahun.
Ilmu ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim yang merupakan seorang Speech-Language Pathologist.
Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan.
Macam Mana Melatih Kemahiran Awal Menulis
BILA NAK AJAR KANAK-KANAK MENULIS KITA BUKANLAH PERLU TERUS BAGI PENSIL PADA ANAK DAN EXPECT ANAK BOLEH MENULIS DENGAN BAIK.ADA KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU KITA LIHAT UNTUK MEMBOLEHKAN ANAK-ANAK MENULIS DENGAN BAIK.
3 PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN ADALAH:
1. Pegangan Tripod
Skill ni bermula seawal 3 tahun.
Tripod – maksudnya menggunakan 3 jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah
Untuk melatih skill ni, anda boleh buat aktiviti-aktiviti seperti berikut:
Beri makanan pada anak seperti bijiran / kekacang sebiji-sebiji.
Gunakan garfu untuk cucuk buah / lain-lain.
Mengutip manik dari atas lantai.
Memasukkan syiling dalam tabung
2. Kekuatan Otot & Koordinasi Tangan
Skill ni bermula seawal 3 tahun.
Skill ni penting untuk kawalan pergerakan pensil, jadi tulisan anak akan jadi lebih stabil dan cantik. Anak pun tak cepat penat bila menulis lama.
Contoh-contoh aktiviti yang anda boleh lakukan adalah:
Memulas paip air untuk tutup / buka.
Memusing kunci pada tombol pintu.
Menyepit baju di ampaian.
Memasang butang / zip.
Menguli playdough / menekan playdough.
3. Koordinasi Bilateral
Skill ni bermula seawal 4 tahun.
Skill ni penting untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan efisyen dari kanan kekiri atau kiri kekanan.
Contoh aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah seperti aktiviti lacing menggunakan 2 tangan seperti:
Masukkan tali dalam straw, masukkan benang dalam manik dan lain-lain.
Melipat pakaian.
Mengemas cadar pada katil
Jadi pada peringkat awal, banyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh melatih ketiga-tiga skill ni.Nanti bila anak dah ready untuk menulis dah senang dah.Biasanya mereka terus dapat je skill menulis dengan baik.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat, kongsikan juga ilmu ini buat mak ayah yang lain.
Sumber: Aishah Kassim
Sumber Artikel : https://ift.tt/2NzsHVj
Sumber Jika Ingin Ajar Anak Menulis Dengan Baik, Ibubapa Perlu Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu!
Demikianlah Artikel Jika Ingin Ajar Anak Menulis Dengan Baik, Ibubapa Perlu Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu!
Sekianlah artikel Jika Ingin Ajar Anak Menulis Dengan Baik, Ibubapa Perlu Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.