Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis Untuk Khas Hari Raya Haji Nanti

Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis Untuk Khas Hari Raya Haji Nanti - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis Untuk Khas Hari Raya Haji Nanti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis Untuk Khas Hari Raya Haji Nanti
link : Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis Untuk Khas Hari Raya Haji Nanti

Baca juga


Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis Untuk Khas Hari Raya Haji Nanti



Dah tak lama nak mula berpuasa kan,lepastu dah sambut hari lebaran, mesti dah terfikir tahun ni nak buat menu apa ya.Kami nak beri resepi kek kukus mudah yang dilapisi dengan 4 bahan berlainan kali ni .Memang sedap yang penting mudah.
Kek kukus mudah lebih menjadi pilihan para pembaca di web kami mungkin kerana faktor masa untuk membuatnya dan juga hasil akhir kek yang pasti memuaskan hati pembuatnya.
Antara tips yang boleh anda amal ketika hasilkan kek kukus ni :
1- Pastikan penutup atas pengukus ditutup dengan kain tuala untuk elakkan wap air menitik di atas permukaan kek kukus mudah yang akan buatkan permukaan kek tidak rata.
2- Gunakan api sederhana sahaja untuk mengukus kek kerana api besar akan jadikan kek cepat naik dan seterusnya kek akan jadi berombak.Bila setiap lapisan kek kukus mudah berombak, ianya tidak cantik.
Kek kukus lebih lembap berbanding kek bakar.Jadi untuk elakkan cepat basi dan tahan lebih lama, balut atau wrap lebihan kek di dalam peti untuk elakkan kek cepat kering ya.
Bahan Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis : 
* 10 biji telur ayam Gred A
* 450 gram mentega
* 1 tin kecil nestle cream
* 1 tin susu pekat manis
* 2 gelas tepung gandum
* 200 gram serbuk horlick
* 200 gram tepung aiskrim vanila
* 1 botol kecil golden syrup atau madu
* 1/2 gelas gula halus
* 125 gram serbuk milo
* 1 tin kecil serikaya
Sedikit pewarna hijau
Guna gelas ya bukan cawan. Atau mug pun boleh juga.


Cara Penyediaan Kek Kukus Mudah 4 Lapis :
#1: Dalam bekas, pukul mentega hingga kembang dan mula bertukar warna dari kuning ke putih.Ketepikan seketika adunan kek kukus ni.Dalam bekas lain,masukkan gula bersama 10 biji telur  dan teruskan pukul hingga kembang dan gula hancur.
#2: Satukan kedua adunan di atas .Masukkan susu pekat manis, nestle cream, serbuk horlick , madu ( golden syrup ), tepung aiskrim dan juga tepung gandum. Kacau hingga adunan menjadi sebati sebati.
#3: Bahagikan adunan kek kukus kepada 4 bahagian sama rata.Bahagian pertama masukkan serbuk milo,kedua tambahkan pewarna hijau , ketiga sri kaya dengan pewarna pilihan dan keempat biarkan kosong atau mengikut citarasa anda.
#4: Panaskan air dalam pengukus dna guna loyang saiz 8×8.Kukus lapisan pertama 20 minit sebelum tambah lapisan lain. Setiap lapisan kek dikukus 20-25 minit sampailah kepada lapisan terakhir. Untuk lapisan kek terakhir, kukus 40 minit-60 minit.
Dah siap sejukkan baru keluarkan dan potong.Kalau anda nak tukar dengan warna lain pun tak de masalah.Selamat mencuba ya.


Sumber Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis Untuk Khas Hari Raya Haji Nanti


Demikianlah Artikel Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis Untuk Khas Hari Raya Haji Nanti

Sekianlah artikel Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis Untuk Khas Hari Raya Haji Nanti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: