i Suri : Pendaftaran i-Suri dibuka (Caruman Sukarela Insentif Suri)

i Suri : Pendaftaran i-Suri dibuka (Caruman Sukarela Insentif Suri) - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang i Suri : Pendaftaran i-Suri dibuka (Caruman Sukarela Insentif Suri), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : i Suri : Pendaftaran i-Suri dibuka (Caruman Sukarela Insentif Suri)
link : i Suri : Pendaftaran i-Suri dibuka (Caruman Sukarela Insentif Suri)

Baca juga


i Suri : Pendaftaran i-Suri dibuka (Caruman Sukarela Insentif Suri)

i Suri

i Suri

i Suri : Pendaftaran bagi Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat oleh mereka yang layak bermula hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish, berkata mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai skim dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

“Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan.

“Caruman itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Menurut Mohd Naim, individu yang layak mendaftar bagi i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP lain.

“I-Suri memberi manfaat yang sama seperti ahli KWSP lain seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60, Bantuan Hilang Upaya, dan Bantuan Kematian.

“Ini adalah sebagai tambahan kepada insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan,” katanya.

Berdasarkan statistik eKasih, seramai 221,890 suri rumah, 98,536 balu, dan 28,116 ibu tunggal dari golongan miskin tegar layak menerima insentif kerajaan itu selepas mendaftar untuk i-Suri.

Bagi maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000.

Penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP boleh diperoleh daripada Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.myatau mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

 

Sumber: BH Online



Sumber i Suri : Pendaftaran i-Suri dibuka (Caruman Sukarela Insentif Suri)


Demikianlah Artikel i Suri : Pendaftaran i-Suri dibuka (Caruman Sukarela Insentif Suri)

Sekianlah artikel i Suri : Pendaftaran i-Suri dibuka (Caruman Sukarela Insentif Suri) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: