Judul : Cara Yang Betul Untuk Semak Keputusan Penempatan Tahun Satu Dan Prasekolah Sesi 2019
link : Cara Yang Betul Untuk Semak Keputusan Penempatan Tahun Satu Dan Prasekolah Sesi 2019
Cara Yang Betul Untuk Semak Keputusan Penempatan Tahun Satu Dan Prasekolah Sesi 2019
Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak berusia 6 tahun bagi sesi persekolahan tahun 1 tahun 2019 atau anak berusia 4 dan 5 tahun untuk sesi prasekolah 2019, kini anda boleh menyemak status penempatan bagi sekolah atau prasekolah yang dimohon.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2019
Keputusan penempatan tahun 1 sesi 2019 boleh disemak mulai 1 Ogos 2018 di laman sesawang : https://public.moe.gov.my/
Caranya, log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Jika terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.
Semak status pendaftaran selepas berjaya log in.
Sila pastikan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid asal dengan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid di dalam surat kelulusan yang dilampirkan sama semasa membuat urusan pengesahan.
Cetak surat yang dilampirkan dan hantar ke sekolah untuk proses perakuan.
Sekiranya tidak berjaya memohon sekolah yang diminta atau ingin menukar pilihan sekolah, ibu bapa boleh membuat rayuan penempatan boleh mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2018.
Ibu bapa diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak di sekolah yang telah diluluskan mulai 01/08/2018 hingga 30/09/2018 secara dalam talian. Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak atau menyebabkan penempatan anak dibatalkan.
NOTA TAMBAHAN BAGI PEMOHON DI PUTRAJAYA
* Keputusan penempatan murid Tahun 1 bagi sekolah-sekolah di Wilayah Putrajaya buat masa ini ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Bagi sebarang pertanyaan, hubungi JPWP Putrajaya di talian 03-8899 0000.
** Bagi permohonan ke Tahun Satu ambilan 2019 yang telah dibuat pada tahun 2017, permohonan Tuan/Puan perlu disemak kembali, kerana mulai tahun 2018, sekolah di W.P Putrajaya hanya membenarkan penduduk di Putrajaya sahaja untuk memohon. – Jabatan Pendidikan WP Putrajaya.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN PRASEKOLAH SESI 2019
Ibu bapa yang telah mendaftarkan anak berumur 4 dan 5 tahun bagi sesi prasekolah secara online, semakan status penempatan prasekolah sesi 2019 boleh disemak mulai 5 Ogos 2018 di laman sesawang : https://eprasekolah.moe.gov.my/
permohonan prasekolah
Caranya, log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Jika terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.
Buat pengesahan dan cetak surat yang dilampirkan untuk dihantar ke sekolah bagi proses perakuan.
Bagi keputusan penempatan prasekolah yang tidak berjaya atau ingin diubah, rayuan penempatan prasekolah sesi 2019 boleh dimohon mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2018.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah yang dimohon.
kredit : sirap limau
Sumber Cara Yang Betul Untuk Semak Keputusan Penempatan Tahun Satu Dan Prasekolah Sesi 2019
Demikianlah Artikel Cara Yang Betul Untuk Semak Keputusan Penempatan Tahun Satu Dan Prasekolah Sesi 2019
Sekianlah artikel Cara Yang Betul Untuk Semak Keputusan Penempatan Tahun Satu Dan Prasekolah Sesi 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.