Yusof Haslam dedah Nabila Huda tolak ‘Munafik 2’ kerana tidak berbaloi

Yusof Haslam dedah Nabila Huda tolak ‘Munafik 2’ kerana tidak berbaloi - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Yusof Haslam dedah Nabila Huda tolak ‘Munafik 2’ kerana tidak berbaloi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yusof Haslam dedah Nabila Huda tolak ‘Munafik 2’ kerana tidak berbaloi
link : Yusof Haslam dedah Nabila Huda tolak ‘Munafik 2’ kerana tidak berbaloi

Baca juga


Yusof Haslam dedah Nabila Huda tolak ‘Munafik 2’ kerana tidak berbaloi

Pelakon Nabila Huda menolak menjayakan filem Munafik 2 mungkin berasa tidak berbaloi diberi satu babak imbas semula, kata Datuk Yusof Haslam.

Maria, lakonan Nabila Huda, diseret ke dinding selepas dirasuk dalam satu babak seram ‘Munafik’. ― Foto ihsan Skop Productions

Penerbit Skop Productions berkata Nabila sudah dihubungi namun anaknya Syamsul Yusof selaku pengarah gagal mendapat maklum balas sewajarnya.

“Syamsul mahu buat satu babak imbas semula sahaja tetapi dia [Nabila] sibuk. Saya pun tidak tahu sama ada dia sibuk atau berkecil hati.

“Kami cuba hubungi dia tetapi tidak ada respon. Tak apa mungkin dia sibuk saya rasa. Mungkin muncul satu babak dia pun rasa tidak begitu berbaloi,” katanya.

Nabila yang membawakan watak Maria dalam Munafik memberi kejayaan besar kepada filem itu sehingga mencatat kutipan RM18 juta.

Watak gadis yang dirasuk memberi impak besar kepada penonton namun tidak diolah dalam filem yang bakal menemui penonton Mac 2018.

Yusof berkata tidak timbul isu Maya Karin menggantikan tempat Nabila kerana mereka membawakan dua watak berbeza.

“Nabila hanya diberikan satu babak imbas semula. Watak dia sudah mati dahulu.

“Nabila dalam Munafik 2 memang tidak ada. Kalau ada pun sebagai artis jemputan untuk babak imbas semula. Ia tidak menjadi isu,” katanya.

Mengulas keunikan Munafik 2, Yusof berkata filem sekuel ini menjanjikan penceritaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya.

Katanya, dengan bajet yang lebih besar, Munafik 2 juga mengupas isu semasa seperti ajaran sesat dan pembunuhan sesama Islam.

“Berdasarkan skrip, sinematografi, barisan pelakon, lokasi dan kandungan ceritanya, kali ini saya rasa Munafik 2 lebih baik.

“Filem kali ini lebih besar kerana penggambarannya dilakukan di dalam gua dan masa penggambarannya pun panjang.

“Kos filem ini melebihi daripada filem pertama. Kami belanjakan RM2.5 juta. Filem pertama RM1.9 juta sahaja.

“Ini bukan sahaja filem hiburan tetapi ada kandungan Islamik mendidik dan memberikan mesej yang mendalam pada masyarakat,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Yusof Haslam dedah Nabila Huda tolak ‘Munafik 2’ kerana tidak berbaloi


Demikianlah Artikel Yusof Haslam dedah Nabila Huda tolak ‘Munafik 2’ kerana tidak berbaloi

Sekianlah artikel Yusof Haslam dedah Nabila Huda tolak ‘Munafik 2’ kerana tidak berbaloi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :