Wan Azizah nafi dakwaan pelantikan MB Selangor tidak direstui pimpinan PH

Wan Azizah nafi dakwaan pelantikan MB Selangor tidak direstui pimpinan PH - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Wan Azizah nafi dakwaan pelantikan MB Selangor tidak direstui pimpinan PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Azizah nafi dakwaan pelantikan MB Selangor tidak direstui pimpinan PH
link : Wan Azizah nafi dakwaan pelantikan MB Selangor tidak direstui pimpinan PH

Baca juga


Wan Azizah nafi dakwaan pelantikan MB Selangor tidak direstui pimpinan PH

 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan bahawa pelantikan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor tidak direstui pimpinan Pakatan Harapan (PH).
 
Beliau yang juga Presiden PKR berkata nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu adalah antara yang dicadangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
"(Dakwaan) itu pandangan peribadi. Parti memang telah mengemukakan nama dan salah seorang adalah Menteri Besar (Amirudin).
 
"Beliau (Amirudin) telah pun mengangkat sumpah dan menjadi Menteri Besar, diteruskan dengan (pelantikan) exco kerajaan negeri Selangor," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Amirudin di pejabatnya, di Putrajaya,Selasa.
 
Dr Wan Azizah berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad, bahawa dirinya adalah satu-satunya calon yang mendapat sokongan majoriti menerusi surat daripada empat parti komponen PH iaitu PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Amirudin, 38, hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Mohamed Azmin, yang dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Mei lepas.
 
Sementara itu, Amirudin yang ditemui media selepas pertemuan tersebut, enggan mengulas mengenai kenyataan Dr Idris.
 
"Saya serahkan kepada pimpinan pusat untuk memberikan maklum balas memandangkan proses ini adalah antara pimpinan parti dan Istana (Selangor)," katanya.
 
Amirudin berkata selepas ini, beliau akan memberi tumpuan kepada tugas untuk memenuhi harapan rakyat yang telah memberikan mandat yang sangat besar kepada PH.
 
Beliau turut mengumumkan pelantikan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sebagai exco kerajaan negeri Selangor, sekali gus menjadi negeri pertama yang memiliki 30 peratus perwakilan wanita dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.-19/6/2018
 


Sumber Wan Azizah nafi dakwaan pelantikan MB Selangor tidak direstui pimpinan PH


Demikianlah Artikel Wan Azizah nafi dakwaan pelantikan MB Selangor tidak direstui pimpinan PH

Sekianlah artikel Wan Azizah nafi dakwaan pelantikan MB Selangor tidak direstui pimpinan PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: