Gara-gara tulisan di blog Kadir Jasin letak jawatan Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan

Gara-gara tulisan di blog Kadir Jasin letak jawatan Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Gara-gara tulisan di blog Kadir Jasin letak jawatan Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gara-gara tulisan di blog Kadir Jasin letak jawatan Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan
link : Gara-gara tulisan di blog Kadir Jasin letak jawatan Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan

Baca juga


Gara-gara tulisan di blog Kadir Jasin letak jawatan Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan

Lima hari selepas menulis artikel di laman blognya yang menyentuh tentang perbelanjaan Yang Dipertuan Agong,wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin umum sebagaii Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan berkuatkuasa serta merta.
 
Artikel berkenaan “Constitution: The King and the Pauper” yang disiarkan dalam laman blog http://kadirjasin.blogspot.com pada 4 Jun menyebut perbelanjaan Yang Dipertuan Agong selama 16 bulan berjumlah RM256 juta.
 
Selain menjadi kontroversi dalam media sosial,Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegur tulisan berkenaan.
 
Kadir umum perletakan jawatan beliau menerusi satu kenyataan Sabtu. 
 
Katanya beliau membuat keputusan itu demi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam Majlis tersebut serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.
 
"Sebagaimana yang saya tegaskan dalam mukadimah blog saya, segala pendapat yang saya zahirkan di dalamnya adalah pendapat saya semata-mata. Saya menulis atas kapasiti sebagai seorang blogger dan tiada kaitan dengan sebarang jawatan yang mungkin saya pegang.
 
"Bagaimanapun, wartawan dan pihak lain yang memetik pandangan saya terus mengaitkannya dengan kedudukan saya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan ," katanya.
 
Justeru bagi mengelak kesipuan kepada Majlis dan percanggahan kepentingan di pihaknya, A Kadir berkata beliau telah memohon untuk mengundur diri dan keputusan itu telah dipersetujui oleh Pengerusi Majlis itu Tun Daim Zainuddin.
 
Dalam kenyataan itu beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Daim atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadapnya serta petugas Unit Media dan Komunikasi di atas ketekunan dan kerja kuat mereka.
 
"Saya akan terus menyumbang bakti kepada tanah air kita yang tercinta ini dan rakyat jelatanya dengan cara terbaik yang saya ketahui, iaitu menerusi mata pena saya. Terima kasih. Semoga Allah memberkati," katanya.
 
Pada 12 Mei lepas, Dr Mahathir mengumumkan pembentukan Majlis Penasihat Kerajaan yang bertindak menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa dengan melantik lima pakar terkemuka bagi mengisi jawatan dalam majlis itu.
 
Mereka adalah bekas Menteri Kewangan Daim; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas presiden Petronas Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka negara Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
 
Selain itu bertindak sebagai sekretariat ialah pakar ekonomi Dr Muhammad Abdul Khalid, manakala tokoh wartawan A Kadir sebagai Ketua Media dan Komunikasi.- 9/6/2018
 
 


Sumber Gara-gara tulisan di blog Kadir Jasin letak jawatan Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan


Demikianlah Artikel Gara-gara tulisan di blog Kadir Jasin letak jawatan Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan

Sekianlah artikel Gara-gara tulisan di blog Kadir Jasin letak jawatan Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: