Makin Kita Cakap “Jangan” Makin Anak Buat. Ibu Muda Ini Kongsi Petua Bagaimana Caranya Larang Anak Buat Tanpa Kata “Jangan” Dan Ianya Sangat Berkesan...

Makin Kita Cakap “Jangan” Makin Anak Buat. Ibu Muda Ini Kongsi Petua Bagaimana Caranya Larang Anak Buat Tanpa Kata “Jangan” Dan Ianya Sangat Berkesan... - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Makin Kita Cakap “Jangan” Makin Anak Buat. Ibu Muda Ini Kongsi Petua Bagaimana Caranya Larang Anak Buat Tanpa Kata “Jangan” Dan Ianya Sangat Berkesan..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Makin Kita Cakap “Jangan” Makin Anak Buat. Ibu Muda Ini Kongsi Petua Bagaimana Caranya Larang Anak Buat Tanpa Kata “Jangan” Dan Ianya Sangat Berkesan...
link : Makin Kita Cakap “Jangan” Makin Anak Buat. Ibu Muda Ini Kongsi Petua Bagaimana Caranya Larang Anak Buat Tanpa Kata “Jangan” Dan Ianya Sangat Berkesan...

Baca juga


Makin Kita Cakap “Jangan” Makin Anak Buat. Ibu Muda Ini Kongsi Petua Bagaimana Caranya Larang Anak Buat Tanpa Kata “Jangan” Dan Ianya Sangat Berkesan...



Ada pendapat pakar pendidikan kanak-kanak yang tidak menggalakkan ibu bapa daripada terlalu kerap menggunakan kata “jangan” pada anak kerana dikatakan boleh membantutkan perkembangan si kecil.

“Habis tu kalau tak boleh cakap jangan, nak biarkan je ke anak buat salah?” Tentu itu antara kata-kata dari ibu bapa yang kurang bersetuju atau keliru apa perkataan yang boleh digantikan dalam situasi yang memerlukan kata “jangan”.

Perkongsian daripada Puan Shuhadah Khalil ini boleh dijadikan panduan bersama supaya dapat mendidik anak dengan lebih baik.



Semenjak dua menjak ini saya sering ditanya soalan,

“How to say No without saying No to the kids?”

Dan seminggu dua ini juga saya banyak melihat situasi di mana ada ibu kerap berkata “No no no” pada anaknya, sambil jari telunjuk bergerak ke kiri ke kanan.


Kesiannya si anak.

Tak dinafikan, dulu masa anak soleh kecil lagi saya kerap guna perkataan NO.

Sehinggalah saya baca satu artikel Inggeris (websitenya saya tak ingat), tentang kesan sebutan No pada anak.

Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN..

1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau Jangan itu. Contoh, “jangan lari” anak dengar lari. “Jangan sentuh”, anak dengar sentuh. “Jangan pukul”, anak dengar pukul.

Sebab itu lagi kita kata NO, lagi anak buat. Betulkan?

2. NO Ini Membantutkan Perasaan Seronok Si Anak Yang Ingin Mencuba Sesuatu. Fasa Anak-Anak Kecil Adalah Fasa Mereka Teroka Semuaaaa Perkara Di Sekeliling Mereka.

3. Kita bertambah stress! Setuju atau tidak, kita memang akan rasa stress lepas sebut NO atau Jangan. Yang ini, penulis itu tak sebut. Cuma dari pengalaman saya, memang boleh rasa level stress naik sikit demi sikit bila kita kerap sebut No/Jangan.

4. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila kita marah, maka kita rugi 60 saat untuk rasa bahagia. Malah, kita ragut 60 saat rasa gembira si anak.

Itu kalau kita marah dalam tempoh 60 saat. Kalau lebih dari itu, maka kita dah rugi banyak masa untuk rasa bahagia.

Jadi, apa saya buat dan apa yang dicadangkan oleh penulis adalah berikan arahan yang kita nak anak buat untuk kita. Bukan arahan yang kita nak anak buat untuk diri dia.



Antara ayat yang kita boleh tukar:
1. Don’t go there -> Stay close with Mama

Jangan pergi sana > Kemari dekat Mama.

2. Stop hitting -> keep your hands at your back

Jangan pukul > Sayang kawan (tunjuk contoh sekali).

3. Don’t screaming -> talk nicely

Jangan menjerit > Cakap elok-elok.

4. Don’t run -> walk slowly

Jangan lari > Tolong jalan perlahan-lahan.

5. Don’t climb -> stay on the ground

Jangan panjat > Turun sekarang.

6. Stop jumping -> sit down

Berhenti melompat > Duduk diam-diam.

Dan selebihnya, ibu-ibu bapa-bapa kena lebih kreatif cipta ayat arahan positif.

Nota 1: Beri arahan yang mudah, ringkas dan padat.

Nota 2: Otak ibu atau ayah kena lebih cepat dari mulut yang mahu berkata-kata. Saya memang pening kepala memikirkan ayat sesuai dengan situasi anak, supaya saya tidak sebut NO. Mencabar!

Nota 3: Nak latih tukar ayat ini bukan sehari dua, seminggu dua, sebulan dua. Berbulan-bulan lamanya baru biasa. Jadi, sabar wahai ibu ayah.

Sumber: Shuhadah Khalil

Sumber artikel :  https://ift.tt/2oPQSkd

Sumber Makin Kita Cakap “Jangan” Makin Anak Buat. Ibu Muda Ini Kongsi Petua Bagaimana Caranya Larang Anak Buat Tanpa Kata “Jangan” Dan Ianya Sangat Berkesan...


Demikianlah Artikel Makin Kita Cakap “Jangan” Makin Anak Buat. Ibu Muda Ini Kongsi Petua Bagaimana Caranya Larang Anak Buat Tanpa Kata “Jangan” Dan Ianya Sangat Berkesan...

Sekianlah artikel Makin Kita Cakap “Jangan” Makin Anak Buat. Ibu Muda Ini Kongsi Petua Bagaimana Caranya Larang Anak Buat Tanpa Kata “Jangan” Dan Ianya Sangat Berkesan... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: