Judul : "Kan Dah Banyak Kali Cakap Jangan Pakai Krim Timbang Kilo" - Rakan Wanita Ini Dedah Pengalaman Ngeri Kawannya Sampai Masuk ICU
link : "Kan Dah Banyak Kali Cakap Jangan Pakai Krim Timbang Kilo" - Rakan Wanita Ini Dedah Pengalaman Ngeri Kawannya Sampai Masuk ICU
"Kan Dah Banyak Kali Cakap Jangan Pakai Krim Timbang Kilo" - Rakan Wanita Ini Dedah Pengalaman Ngeri Kawannya Sampai Masuk ICU
Biarpun banyak berita kerosakan kulit wajah akibat penggunaan produk timbang kilo dipaparkan media massa, namun masih ramai yang tidak peka atau terpedaya dengan teknik promosi dan penjualan produk yang didakwa boleh menjadikan mereka secantik selebriti ini.
Terbaharu di laman Twitter, seorang rakan kepada pengguna produk yang popular ini memuat naik gambar rakannya yang menderita kulit muka menggelupas teruk hingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Lebih menyedihkan apabila dikhabarkan rakannya terpaksa dimasukkan ke unit penjagaan rapi (ICU) kerana sistem ginjalnya mengalami masalah.
Shidotdaboom menerusi akaun Twitternya (yang telah pun diprivasi) menjelaskan produk tersebut membuatkan rakannya terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan setelah menggunakan produk yang dipercayai timbang kilo ini.
Menurut Shido, rakannya terpengaruh dengan testimoni pengguna produk ini yang dikatakan mampu menghasilkan kulit yang lebih cerah, halus dan cantik setelah melalui penggelupasan. Biarpun telah dinasihati, namun rakannya berdegil lalu tetap menggunakan produk ini.
Ramai netizen yang bersimpati dan dalam masa sama hairan dengan sikap sesetengah wanita yang tidak peka langsung dengan berita mengenai produk berbahaya ini.
"Mana ada skincare yang perlu duduk rumah ja sebab tak nak kena matahari, kalau tak pedih. Nak suruh kita support produk lokal tetapi kesihatan orang ada kisah? Tahu nak untung ja."
Hinggakan ada juga warga Twitter yang pernah menggunakan produk ini kerana terpengaruh dengan 'review' daripada Insta Famous.
Netizen mengecam teknik promosi dan testimoni keterlaluan tersebut hingga pengguna terpaksa melalui penggelupasan teruk seperti di dalam gambar tersebut.
Yang sebenarnya, ramai terpengaruh dengan produk tempatan kerana ia dipromosi secara meluas menerusi laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter hingga mereka akhirnya membeli walaupun ia lebih mahal berbanding di drugstore. Lebih penting mengapa golongan yang mahu cepat cantik ini terpengaruh dengan produk yang sangat berbahaya hanya kerana promosi di radio dan televisyen?
Lebih membimbangkan adalah ramai pula yang menyatakan produk ini tidak berbahaya, sebaliknya pengguna tersebut yang tidak tahu menggunakan dengan betul.
Hal inilah yang membuatkan pengamal perubatan menasihati pengguna di laman media sosial masing-masing supaya berhati-hati apabila membeli sebarang produk. Namun peliknya, doktor ini pula yang dikecam kerana didakwa tidak tahu cerita sebenar.
Sememangnya ramai wanita yang inginkan kulit secantik selebriti dan insta famous. Jadi, apa sahaja produk yang mereka menjadi duta atau pun sekadar review, peminat ini akan membelinya tanpa menyedari yang golongan tersebut sebenarnya menghabiskan ribuan ringgit di spa bukannya menerusi produk ini.
Menjadi tanggung jawab kita untuk menyedarkan golongan wanita ini bahawa kecantikan tidak datang sekelip mata menerusi produk yang tidak diketahui kesahihannya, namun perlu mencari sumber-sumber sahih sebelum membuat sebarang pembelian produk yang keterlaluan testimoninya. Semoga tidak ada lagi wanita yang menjadi mangsa kerakusan pengasas produk timbang kilo ini. - CARI
Sumber "Kan Dah Banyak Kali Cakap Jangan Pakai Krim Timbang Kilo" - Rakan Wanita Ini Dedah Pengalaman Ngeri Kawannya Sampai Masuk ICU
Demikianlah Artikel "Kan Dah Banyak Kali Cakap Jangan Pakai Krim Timbang Kilo" - Rakan Wanita Ini Dedah Pengalaman Ngeri Kawannya Sampai Masuk ICU
Sekianlah artikel "Kan Dah Banyak Kali Cakap Jangan Pakai Krim Timbang Kilo" - Rakan Wanita Ini Dedah Pengalaman Ngeri Kawannya Sampai Masuk ICU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.