Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud

Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud
link : Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud

Baca juga


Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud

Lebuh raya paling mahal di Singapura kecoh tengah hari Khamis apabila terowong bawah tanahnya tiba-tiba dibasahi ‘hujan lebat’ akibat kebakaran yang sebenarnya tidak wujud!

Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud

Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud

Insiden yang dianggap sebagai agak memalukan pihak berkuasa republik itu dikesan berlaku sekitar pukul 12.57 tengah hari di laluan dasar laut Lebuh Raya Pantai Marina (MCE), menurut laporan media tempatan di sini.

Ia berlaku ekoran sistem pencegahan kebakaran di laluan bawah tanah MCE itu diaktifkan secara tidak sengaja hingga menyebabkan aliran pergerakan trafik menjadi perlahan dan ada juga pemandu menghentikan kenderaan.

Menurut seorang jurucakap Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), kejadian tidak diduga melibatkan sistem automatik pemercik air di bahagian terowong MCE yang menghala ke timur, sebelum jalan susur keluar Fort Road.

 

Selepas pemantauan rapi mengesahkan tiada kebakaran di kawasan tersebut, sistem pemadaman api itu dimatikan dengan serta merta dan pergerakan trafik kemudian kembali seperti biasa selepas 10 minit terjejas begitu teruk.

Pihak LTA dalam satu kenyataan media turut meminta maaf kepada orang ramai atas insiden pelik berkenaan dan dijangka menjalankan siasatan lebih terperinci berhubung kejadian tersebut agar tidak berulang pada masa depan.

MCE sejauh lima kilometer menghubungkan lebuh raya utama iaitu Kallang Paya Lebar Expressway (KPE) di selatan dengan East Coast Parkway (ECP) dan Ayer Rajah Expressway (AYE) di bahagian timur pulau tersebut.

Dibuka secara rasmi pada 29 Disember 2013, MCE juga pernah mencipta kritikan apabila dianggap lebuh raya termahal di republik itu dengan kos S$4.1 bilion (RM11.1 bilion) daripada asal hanya S$2.5 bilion (RM6.8 bilion).

Ini merupakan kes kedua selepas kejadian sama pada 16 April 2015 lalu apabila siling terowong MCE sejauh 3.5 kilometer di bawah laut tiba-tiba mencurahkan air walhal cuaca di Singapura ketika itu mengalami panas terik.

Ini mengakibatkan ramai pemandu bergegas memecut kenderaan mereka apabila menyangka terowong itu ‘bocor’ dimasuki air masin kerana laluan tersebut berada 20 meter sahaja dari permukaan lantai dasar laut Selat Singapura.

Insiden kelakar itu, yang juga berlaku waktu tengah hari rupa-rupanya disebabkan oleh kontraktor bekerja di tapak tersebut, secara tidak sengaja membuka sistem penyembur air bomba sebahagian terowong menghala ke barat.

Akhir 2013, MCE turut menjadi berita ‘panas’ apabila berlaku kesesakan teruk sebaik dibuka ekoran ramai pemandu keliru dengan sistem papan tunjuk arah LTA untuk menuju ke KPE, AYE dan ECP.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Sumber Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud


Demikianlah Artikel Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud

Sekianlah artikel Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :