"Tiada Siapa paksa Anda Pandu Teksi, Jadi Jangan Meroyan Bila Pelanggan Lebih Memilih Grab" - Dr Muhammad Faiz

"Tiada Siapa paksa Anda Pandu Teksi, Jadi Jangan Meroyan Bila Pelanggan Lebih Memilih Grab" - Dr Muhammad Faiz - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang "Tiada Siapa paksa Anda Pandu Teksi, Jadi Jangan Meroyan Bila Pelanggan Lebih Memilih Grab" - Dr Muhammad Faiz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Tiada Siapa paksa Anda Pandu Teksi, Jadi Jangan Meroyan Bila Pelanggan Lebih Memilih Grab" - Dr Muhammad Faiz
link : "Tiada Siapa paksa Anda Pandu Teksi, Jadi Jangan Meroyan Bila Pelanggan Lebih Memilih Grab" - Dr Muhammad Faiz

Baca juga


"Tiada Siapa paksa Anda Pandu Teksi, Jadi Jangan Meroyan Bila Pelanggan Lebih Memilih Grab" - Dr Muhammad Faiz



Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman mengingatkan kepada pemandu teksi terutamanya yang bertindak biadab dalam majlis perjumpaan bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi pagi tadi untuk tidak “meroyan” jika pengguna lebih memilih menggunakan perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Faiz yang juga Ketua Biro Integriti, Anti Rasuah dan Salah Guna Kuasa Pemuda Bersatu berkata, tindakan pemandu teksi berkenaan adalah sangat biadab dan kelihatan seperti samseng terutamanya jika membabitkan seorang negarawan seperti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, apa yang berlaku di antara perkhidmatan teksi serta Grab itu merupakan sebuah perniagaan yang akhirnya terletak kepada pengguna juga untuk membuat pilihan.


“Tiada siapa paksa anda pandu teksi atau GRAB. Perniagaan ialah persaingan. Siapa (teksi atau Grab) yang pelanggan suka maka dia (teksi atau Grab) untung. Kenapa pula nak minta kerajaan halang pilihan majoriti pelanggan?

Sikap pemandu teksi perlu berubah dan terimalah hakikat bahawa sekarang zaman persaingan perkhidmatan mana yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Faiz berkata, pemandu teksi perlu memanfaatkan teknologi aplikasi mudah alih telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan.

Menurutnya, pemandu teksi juga perlu adil dan jelas mengenai kadar bayaran untuk perkhidmatan berkenaan.



“Jika diwajibkan guna meter maka ikutlah kadar dari meter. Jaga etika dengan pelanggan. Guna sistem rating oleh pelanggan sebagai mekanisme penilaian perkhidmatan mereka,” katanya.

Majlis perjumpaan Dr Mahathir bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi semalam kecoh seketika apabila beberapa orang ahli persatuan bertindak biadab keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Kira-kira 10 pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.

Kekecohan itu hanya berlaku kira-kira dua minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka. – Sinar Harian

Sumber "Tiada Siapa paksa Anda Pandu Teksi, Jadi Jangan Meroyan Bila Pelanggan Lebih Memilih Grab" - Dr Muhammad Faiz


Demikianlah Artikel "Tiada Siapa paksa Anda Pandu Teksi, Jadi Jangan Meroyan Bila Pelanggan Lebih Memilih Grab" - Dr Muhammad Faiz

Sekianlah artikel "Tiada Siapa paksa Anda Pandu Teksi, Jadi Jangan Meroyan Bila Pelanggan Lebih Memilih Grab" - Dr Muhammad Faiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: