"Saya dah serik sangat tolong Fathia" – Haji Zil

"Saya dah serik sangat tolong Fathia" – Haji Zil - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang "Saya dah serik sangat tolong Fathia" – Haji Zil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Saya dah serik sangat tolong Fathia" – Haji Zil
link : "Saya dah serik sangat tolong Fathia" – Haji Zil

Baca juga


"Saya dah serik sangat tolong Fathia" – Haji Zil



‘Berkali-kali saya cuba untuk tidak percaya dan berharap wanita itu bukan Fathia.’

Itu reaksi penerbit drama yang terkenal dalam kalangan artis, Fadzil Teh berhubung kontroversi video yang memaparkan aksi seorang wanita mirip pelakon Fathia Latiff tanpa hijab, yang viral sejak beberapa hari lalu.

Dalam video berdurasi kurang seminit itu, wanita berambut pendek yang dikatakan Fathia itu dilihat diundang menyanyi bersama sebuah band di lokasi dipercayai di Shah Alam, Selangor.

Rakaman yang pantas dikongsi di laman sosial itu mengejutkan netizen apatah lagi wajah wanita terbabit mirip Fathia tetapi tidak bertudung.

Fadzil atau mesra disapa Haji Zil mengaku kecewa dengan insiden yang hangat diperkatakan itu, apatah lagi, beliau banyak memberi dorongan dan peluang kepada Fathia untuk bangkit semula dalam industri seni.



“Saya sedih dengan apa yang berlaku. Berkali-kali saya cuba untuk tidak percaya dan berharap wanita yang dilihat dalam rakaman video itu bukan Fathia.

“Namun, selepas melihat semula rakaman di Instagram (IG) Story milik Fathia, jelas memang itulah dia.

“Teman-teman saya juga beritahu wanita dalam video berkenaan adalah Fathia.

“Ini ibarat sudah terang lagi bersuluh… Saya sudah serik hendak bantu orang macam dia lagi.” katanya kepada BH Online.

Haji Zil yang mengusahakan Syarikat Zeel Production mengaku kasihan melihat nasib menimpa Fathia.

“Dengan kontroversi sebelum ini, saya cuba bantu dia bangkit semula memulakan kerjaya lakonan selepas hampir setahun tidak menerima tawaran berlakon.



“Saya yakin manusia buat silap dan berhak diberi peluang untuk melupakan kisah silam.

“Namun, dengan apa yang terjadi, Fathia nampaknya terus mengundang kecaman ramai. Nampaknya, dia tak sayang dan kasihankan dirinya sendiri.

“Saya fikir Fathia perlu dibantu untuk memulihkan dirinya. Keluarga Fathia perlu berbuat sesuatu demi kebaikan dia sekurang- kurangnya pada peringkat awal ini,” katanya.

Sebelum ini, Haji Zil menawarkan peluang kepada Fathia membintangi telefilem terbaru, Kipas Belum Mati yang diarahkan Azmi Hatta.

Fathia diberi peranan utama sebagai Mya Zaryn dan berlakon bersama Nad Zainal yang memegang watak Lynn.

Mengulas mengenai perkara itu, Haji Zil berkata:

“Ketika itu, saya gembira kerana stesen televisyen (TV) masih membuka ruang kepada Fathia untuk berkongsi bakat selepas apa yang terjadi.

“Cuma selepas ini, saya tidak tahu apa nasib Fathia. Saya sudah malas dan tak kuasa beri ruang dan peluang kepadanya lagi.



“Cukuplah sampai di sini… Saya fikir 2019 akan beri sinar kepadanya. Namun, baru awal tahun, dia sudah undang kontroversi lagi,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan reaksi Fathia berhubung kontroversi itu menemui jalan buntu apabila aktres berkenaan enggan melayan pertanyaan media.

sumber:BH

Sumber "Saya dah serik sangat tolong Fathia" – Haji Zil


Demikianlah Artikel "Saya dah serik sangat tolong Fathia" – Haji Zil

Sekianlah artikel "Saya dah serik sangat tolong Fathia" – Haji Zil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: