Jalan Penarikan: Lebuhraya Tanah Melayu Yang Ulung

Jalan Penarikan: Lebuhraya Tanah Melayu Yang Ulung - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jalan Penarikan: Lebuhraya Tanah Melayu Yang Ulung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jalan Penarikan: Lebuhraya Tanah Melayu Yang Ulung
link : Jalan Penarikan: Lebuhraya Tanah Melayu Yang Ulung

Baca juga


Jalan Penarikan: Lebuhraya Tanah Melayu Yang Ulung

Semenanjung Melayu telah lama menjadi titik penting dalam sejarah perdagangan dan pembinaan empayar di rantau ini. Selat Melaka dan Selat Singapura kekal disanjung sebagai dua selat bagi pelayaran antarabangsa utama di dunia dari dulu sehingga kini.

Orang-orang Melayu yang terkenal sebagai pelaut hebat bukan sahaja mengharungi lautan, malah sungai-sungai yang merentasi hutan tebal untuk meneroka, membuka tanah dan membina penempatan di Alam Melayu ini. Tidak seperti lebuh raya berselirat yang kita ada sekarang, jalan pengangkutan sungai adalah amat penting di Tanah Melayu pada ketika itu.

Tersembunyi 116 kilometer jauhnya dari persisiran Selat Melaka di belantara Tanah Melayu, letaknya ‘Jalan Penarikan’, laluan sungai yang diterokai beratus tahun sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke 15. Bagaimanakah pentingnya Jalan Penarikan ini dalam membentuk sejarah negara ini?

Jalan Perdagangan Utama

Walaupun terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan bahawa orang-orang bukan Melayu, Tamil Chola sebagai contoh, yang membawa ketamadunan ke Tanah Melayu, ini sebenarnya fakta yang tidak tepat. Tanah Melayu pernah menjadi wilayah kekuasaan kerajaan-kerajaan Melayu ulung di zaman silam seperti Langkasuka, Srivijaya, Melaka, dan Johor.

Oleh kerana sarat dengan muatan berharga, serangan-serangan lanun sering berlaku di laluan maritim Selat Melaka, terutamanya di kawasan berdekatan pulau peranginan Singapura, Pulau Sentosa yang dahulunya pernah dikenali sebagai Pulau Blakang Mati. Pulau Kukup yang terletak berdekatan Pekan Kukup di Johor, pernah menjadi sarang lanun, dipercayai mendapatkan namanya dari perkataan Melayu ‘gugup’, menggambarkan betapa gugupnya pelayar-pelayar ketika mereka melayari laluan berbahaya ini suatu ketika dahulu.

Jalan Penarikan dipercayai telah diterokai oleh sekumpulan sembilan keluarga dari Pasai (sekarang Acheh) di dalam ekspedisi mereka untuk mencari tanah subur bagi penempatan baru mereka. Tidak tepat untuk menyatakan peneroka Pasai ini adalah pendatang dari Indonesia kerana Indonesia sebagai sebuah negara belum wujud lagi pada ketika itu. Penerokaan mereka berakhir di Jempol, Negeri Sembilan, kawasan yang terletak di antara dua sungai utama bagi pengangkutan sungai – Sungai Muar dan Sungai Pahang.

Apabila peneroka-peneroka ini tiba, mereka mendapati bahawa Sungai Muar dan Sungai Pahang (melalui Sungai Serting) dipisahkan oleh daratan sempit sejauh 600 meter. Ini memerlukan mereka untuk menarik sampan ke daratan untuk berpindah ke sungai yang satu lagi – makanya nama ‘penarikan’ telah diberikan untuk laluan ini. Sejak itu, Jalan Penarikan menjadi semakin popular di kalangan pedagang-pedagang Arab yang mengimpikan laluan yang lebih selamat untuk ke Laut China Selatan tanpa perlu mengelilingi Tanah Melayu menerusi Selat Melaka, Selat Johor ataupun Selat Singapura yang terkenal dengan keganasan para lanun.

Selain menjadi laluan utama perdagangan, Jalan Penarikan juga penting dalam usaha penjajahan dan pengembangan empayar kerajaan-kerajaan serantau. Apabila Melaka muncul di puncak kegemilangan, ia telah digunakan oleh kesultanan ini bukan sahaja sebagai laluan perdagangan, tetapi juga sebagai medium dalam pengembangan agama Islam.

Siam dipercayai telah menggunakan laluan ini di dalam ekspedisi ketenteraannya menentang Kesultanan Melaka. Fakta sejarah ini diperkukuhkan menerusi penemuan batu nisan seorang panglima Siam bertahun 1265, memungkinkan bahawa Melaka telah wujud lebih awal dari tahun 1400. Malah, Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia (IKSEP) berpendapat bahawa Melaka mungkin ditubuhkan pada tahun 1262.

Sebagai jalan utama menghubungkan barat dan timur, Jalan Penarikan pernah menjadi sebuah laluan yang sarat dengan aktiviti perdagangan. Sungai-sungai ini dahulunya mempunyai kedalaman 6-9 meter, sesuai dimudiki kapal-kapal. Kini, Jalan Penarikan hanya tinggal sejarah. Proses urbanisasi, pembalakan dan pembersihan hutan menyebabkan sungai-sungai di kawasan Jalan Penarikan berkelodak hanya berkedalaman 1.5 meter sahaja.

Sewaktu zaman pemerintahan British, jalan-jalan raya dan landasan keretapi mula dibina menghubungkan pekan-pekan dan bandar-bandar di pantai barat dan pantai timur Tanah Melayu. Malaysia terus mengalami proses modernisasi yang berterusan sejak kemerdekaan dan ini bermakna pengangkutan keretapi dan kenderaan bermotor telah mengambil alih fungsi sungai-sungai sebagai nadi pengangkutan utama. Secara perlahan, Jalan Penarikan makin diabaikan dan akhirnya dibiarkan dimamah belantara.

Kesimpulan

Jalan Penarikan pernah memainkan peranan utama dalam membentuk sejarah Tanah Melayu. Ia merupakan jalan penghubung pertama timur-barat di Tanah Melayu ratusan tahun sebelum wujudnya Lebuhraya Karak dan Jalan Raya Timur-Barat. Tidak seperti laluan terkemuka dunia yang lain seperti Selat Melaka dan Singapura ataupun Jalan Sutera, Jalan Penarikan kini telahpun luput dalam memori kebanyakan rakyat Malaysia.

Sebaliknya, majoriti rakyat Malaysia sangat mengenali tinggalan penjajah seperti tapak warisan dunia UNESCO di Georgetown, Kota A’ Famosa, Gedung Stadhuys Melaka dan Bangunan Sultan Abdul Samad – kesemuanya dibangunkan oleh penjajah Barat, bukannya legasi orang-orang Melayu dan masyarakat setempat.

Jalan Penarikan telah diterokai dan ditemukan oleh peneroka Melayu sepatutnya diangkat sebagai lambang kebanggaan negara – suatu simbol kegemilangan pelaut dan peneroka Melayu yang berusaha menemukan jalan paling singkat menghubungkan Selat Melaka dan Laut China Selatan. Agak menyedihkan sekiranya rakyat Malaysia lebih peka dengan tinggalan penguasa Eropah di negara ini tanpa menyedari kebijaksaan bangsa Melayu di masa lampau dalam bidang pelayaran dan penerokaan.

Sejarah ditulis oleh pihak-pihak yang memegang kuasa dan kini, kita tidak lagi diperintah oleh penjajah Barat. Tidak perlu kita menerima kata-kata nista bahawa orang-orang Melayu pemalas dan tidak berkebolehan. Jalan Penarikan adalah bukti kehebatan bangsa Melayu dalam teknologi pelayaran, penerokaan dan perdagangan. Tiba masanya untuk kita mengambil alih tampuk utama dalam penulisan sejarah negara berlandaskan kekuatan bangsa bagi membina jati diri yang lebih utuh di kalangan generasi muda terutamanya anak-anak Melayu bagi memacu negara menuju kegemilangan.

Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli ialah seorang pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang Profesor Pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Russia.



Demikianlah Artikel Jalan Penarikan: Lebuhraya Tanah Melayu Yang Ulung

Sekianlah artikel Jalan Penarikan: Lebuhraya Tanah Melayu Yang Ulung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: