Judul : Bolehkah Solat Ketika Azan Masih Berkumandang? Baca Ini, Ramai Orang Zaman Sekarang Yang Masih Keliru
link : Bolehkah Solat Ketika Azan Masih Berkumandang? Baca Ini, Ramai Orang Zaman Sekarang Yang Masih Keliru
Bolehkah Solat Ketika Azan Masih Berkumandang? Baca Ini, Ramai Orang Zaman Sekarang Yang Masih Keliru
SEMBAHYANG KETIKA AZAN
MENUNAIKAN SEMBAHYANG KETIKA AZAN DILAUNGKAN
Soalan:
Bolehkan saat azan dilaungkan “Allahu Akbar”, “Allahu Akbar” seseorang itu terus menunaikan solat.
Jawapan:
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ بِإِحْسَانٍ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ هِدَايَةً لِلصَّوَابِ ، وَبَعْدُ.
Seseorang yang mengerjakan sembahyang ketika azan masih dilaungkan oleh mu’adzdzin adalah sah sembahyangnya itu kerana sembahyang tersebut dilakukan setelah masuk waktunya.
Walau bagaimanapun adalah lebih elok untuk mengerjakan sembahyang itu setelah seruan azan itu selesai dilaungkan oleh mu’adzdzin.
Menurut hukum syara‘, disunatkan bagi orang yang mendengar azan untuk diam sekalipun tanpa menjawab seruan azan itu. Dari sudut adabnya, apabila azan dilaungkan, disunatkan menjawab seruan azan dengan mengulang lafaz-lafaz azan tersebut, berdoa dengan doa khusus selepas azan dan berselawat ke atas Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam. Hatta bagi orang yang sedang berzikir atau membaca al-Qur’an, sunat dia memberhentikan bacaan zikir atau al-Qur’an dan menjawab seruan azan tersebut.
Dalam hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiallâhu ‘anhuma, beliau mendengar Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ.
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Apabila kamu mendengar al-Mu’adzdzin (orang yang azan), maka kamu ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh orang yang azan itu. Kemudian berselawatlah ke atasku, kerana sesungguhnya barangsiapa berselawat ke atasku dengan satu selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat. Kemudian berdoalah kepada Allah memohon bagiku “al-Wasilah”, kerana sesungguhnya “al-Wasilah” itu suatu tempat di Syurga yang tidak layak bagi seseorang melainkan bagi seorang hamba daripada hamba-hamba Allah. Aku berharap, akulah hamba itu. Barangsiapa memohon “al-Wasilah” untukku, maka wajib baginya syafa‘at”.
(Hadits riwayat Muslim)
Dalam hadits yang diriwayatkan daripada Sayyiduna ‘Umar bin al-Khaththab Radhiallâhu ‘anhu juga ada menyebutkan tentang keutamaan dan ganjaran menjawab seruan azan. Beliau berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ فَقَالَ أَحَدُكُمْ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ، ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، ثُمَّ قَالَ حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ قَالَ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ، ثُمَّ قَالَ حَيَّ عَلَى الْفَلاحِ قَالَ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ، ثُمَّ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ ، ثُمَّ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مِنْ قَلْبِهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ.
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam: Apabila mu’adzdzin mengucapkan “اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَر ”, lalu salah seorang daripada kamu mengucapkan “اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَر”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ”, lalu dia mengucapkan “أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ” , kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ” , lalu dia mengucapkan “أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ ”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “ حَيَ عَلَى الصَّلاَةِ ”, dia pun mengucapkan “لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ ”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “ حَيَ عَلَى الْفَلاَحِ ”, dia juga mengucapkan “لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ ”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَر”, lalu dia mengucapkan “اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَر”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ”, dia juga mengucapkan “ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ” ikhlas dari lubuk hatinya, nescaya dia masuk syurga.”
(Hadits riwayat Muslim)
Maka berdasarkan penjelasan di atas, mengerjakan sembahyang setelah mu’adzdzin selesai melaungkan azan adalah lebih afdhal. Dengan demikian seseorang itu tidak akan terlepas peluang untuk melaksanakan tuntutan sunat menjawab seruan azan yang telah dijanjikan Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ dengan kelebihan dan ganjaran yang sangat istimewa sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Baginda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam di atas.
وَاللهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ
[PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO PADUKA SERI SETIA
DR. USTAZ HAJI AWANG ABDUL AZIZ BIN JUNED]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam.
Baca Juga : Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas dan Mudah Dihafal
Wirid dan zikir selepas solat mempunyai nas. Dan ia hendaklah dibaca sebagaimana diambil daripada Nabi SAW, melalui hadis-hadis yang sahih.
Begitu juga dengan berdoa selepas solat sama ada secara umum atau khusus. Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:
يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.”
Riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)
Berikut dikongsikan bacaan doa selepas solat fardu beserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Doa adalah merupakan satu ibadat. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T.
Terjemahan Bahasa Rumi:
Bismillah hir’rahma nirra’him.
Alhamdulillah hirob bil a’lamin.
Wassola tuwas sala mua’la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa’ala alihi wasob bihi ajma’in.
Allahumma ahyiina bil iiman, wa’amit naa bil iiman, waad khilnal jannata ma al iiman.
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo.
Allahummaah timlana bi’khusnil khotimah, wala tahtam alaina bisuu i’ khotimah.
Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in’naka antal wahab.
Robbana a’tina fid’dun yaa hasanah, wafil a’ khirotil hasanah, waqinaa azab’bannar.
Wasollallah huala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasobihi was’salam.
Walham dulillah hirob’bil a’lamiin.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Sumber : doaharian.mytoha.net
Sumber Bolehkah Solat Ketika Azan Masih Berkumandang? Baca Ini, Ramai Orang Zaman Sekarang Yang Masih Keliru
Demikianlah Artikel Bolehkah Solat Ketika Azan Masih Berkumandang? Baca Ini, Ramai Orang Zaman Sekarang Yang Masih Keliru
Sekianlah artikel Bolehkah Solat Ketika Azan Masih Berkumandang? Baca Ini, Ramai Orang Zaman Sekarang Yang Masih Keliru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.