Judul : Hajat pasangan muda ini untuk bersanding tidak kesampaian
link : Hajat pasangan muda ini untuk bersanding tidak kesampaian
Hajat pasangan muda ini untuk bersanding tidak kesampaian
HAJAT sepasang suami isteri untuk bersanding awal bulan depan tidak kesampaian apabila mereka maut dalam keba karan di sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini.
Mangsa kebaka ran yang berlaku kira-kira 1 tengah hari itu dikenali sebagai Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, kedua-duanya bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.
Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Zulkiflee, 59, berkata, pasangan itu baru menyewa rumah berkenaan awal tahun ini.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila pasangan itu berkahwin.
“Saya difahamkan mereka merancang untuk mengadakan majlis persandingan sebelah perempuan pada 2 Februari di Kangar, Perlis dan sebelah lelaki pada 6 Februari di Jerteh, Terengganu,” kata pesara swasta itu ketika ditemui Bernama.
Mohd Zulkiflee berkata, dia sedang berehat di rumahnya dan terkejut apabila seorang jiran memaklumkan mengenai keba karan itu, namun gagal menyelamatkan ma ngsa kerana rumah berkunci.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali dalam kenyataan berkata, pihak bomba terpaksa memecahkan jeriji di pintu utama serta pintu rumah itu yang berkunci dari dalam.
“Anggota bomba yang berjaya masuk ke bilik utama menemui seorang lelaki di dalam tandas bilik utama rumah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, wanita berkenaan pula ditemui terbaring di atas tilam dengan kesan terbakar.
Abdul Aziz berkata, mayat kedua-dua ma ngsa dihantar ke Hospital Serdang untuk be dah siasat.
Bagaimanapun, punca kebaka ran masih dalam siasatan.
Jurucakap bomba sebelum ini berkata, Norwahidah maut di tempat kejadian manakala suaminya yang menerima rawatan daripada anggota Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) juga gagal diselamatkan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.13 tengah hari.
Sementara itu, seorang pegawai JPN yang ditemui Bernama di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa adalah kakitangan JPN Putrajaya.
Sumber : harian metro
[UPDATE] Mangsa kedua disahkan menin ggal dunia
DUA kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ma ut dalam keba ka ran sebuah rumah rumah teres di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, tengah hari ini.
Ketua Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khairuddin Jamaludin, berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.14 tengah hari dan tiba 20 minit kemudian.
Beliau berkata, mangsa iaitu wanita berumur 28 tahun ketika itu berada di atas katil bilik utama kediaman berkenaan manakala mangsa lelaki, 30, yang berada di dalam bilik air sudah tidak sedarkan diri ketika anggota bomba tiba di rumah terbabit.
“Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sudah tidak bern afas dan tiada respon diberikan dengan man gsa wanita me lec ur di bahagian muka.
“Kedua-dua mereka disahkan menin gga l oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa minit kemudian.
“Keb aka ran tidak melibatkan keseluruhan rumah, hanya terjadi di kawasan bilik utama serta terjejas teruk pada tilam. Punca keb aka ran masih dalam siasatan sama ada ia angkara khi anat atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
sumber : harian metro
Sumber Hajat pasangan muda ini untuk bersanding tidak kesampaian
Demikianlah Artikel Hajat pasangan muda ini untuk bersanding tidak kesampaian
Sekianlah artikel Hajat pasangan muda ini untuk bersanding tidak kesampaian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.