Judul : Lagu Kegemaran Dari Negara Turkik
link : Lagu Kegemaran Dari Negara Turkik
Lagu Kegemaran Dari Negara Turkik
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “lagu” ditakrifkan sebagai irama suara dalam gubahan muzik yang biasanya dengan seni kata. Turkik merupakan kawasan yang diduduki oleh orang tersebut seperti di Turki, Uzbekistan, Kazakhstan, Azerbaijan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Cyprus Utara, Tatarsatan (Rusia), Baskiria (Rusia), Chuvashia (Rusia), Karakalpakia (Rusia), Yakutia/Sakha (Rusia), Tannu Tuva (Rusia), Altai (Rusia), Xinjiang (China), Khorasan (Iran) dan Gagauzia (Moldova). Bahasa Turki, Uzbek, Kazakh, Azeri, Kyrgyz, Turkmen, Tatar, Bashkir, Chuvash dan Uyghur merupakan antara bahasa yang dikelaskan dalam bahasa Turkik.
Antara lagu Turkik yang digemari oleh penulis artikel ini ialah “İmkansız Aşk”. Tajuk lagu tersebut adalah bermaksud “Cinta Mustahil”. Lagu berbahasa Turki ini dinyanyikan secara bertiga oleh Feride Hilal Akın, Onur Baytan dan Halil İbrahim Kurum. Lagu yang dipersembahkan dalam drama Yeni Gelin (New Bride) secara kasarnya mengisahkan tentang hubungan cinta tiga segi. Dua orang lelaki berebut seorang perempuan. Salah seorang lelaki tidak sanggup melihat seorang perempuan yang dicintainya mencintai orang lain. Perempuan tersebut dikatakan mustahil untuk menerima cinta lelaki tersebut.
“Ayrılık Zor” merupakan lagu Turkik yang digemari oleh penulis artikel ini. Tajuk lagu tersebut adalah bermaksud “Perpisahan Itu Sukar”. Lagu berbahasa Turki ini dinyanyikan secara berdua oleh Feride Hilal Akın dan Onur Baytan. Lagu yang dipersembahkan dalam drama Yeni Gelin (New Bride) secara kasarnya mengisahkan tentang pasangan kekasih yang telah berpisah. Bagi mereka, perpisahan itu menyakitkan. Malah semakin sakit apabila berganti hari. Kesakitan tersebut menyebabkan berlakunya timbul soalan dalam kalangan mereka berdua tentang kewujudan kebahagiaan.
“Ak Tilek” merupakan lagu Turkik yang digemari oleh penulis artikel ini. Tajuk lagu tersebut adalah bermaksud “Ucapan Terbaik”. Lagu berbahasa Kazakh ini dinyanyikan oleh seorang penyanyi kelahiran Kazakhstan iaitu Ghalimjan Joldasbay. Secara kasarnya, lagu ini mengisahkan tentang doa kepada pasangan pengantin pada majlis perkahwinan. Antara doa tersebut ialah “semoga anak menjadi kaya raya”. Majlis tersebut meraikan orang yang bersendirian.
“Kai Kojong” merupakan lagu Turkik yang digemari oleh penulis artikel ini. Tajuk lagu tersebut adalah bermaksud “Lagu Khoomei”. Lagu berbahasa Altai iaitu sebuah bahasa Turkik di Altai, Rusia itu dinyanyikan oleh Altai Kai. Secara kasarnya, lagu ini mengisahkan tentang pahlawan berbangsa Altai. Pahlawan tersebut menjadi lambang kekuatan bangsa tersebut. Untuk pengetahuan, orang itu merupakan anak yatim piatu sebelum diangkat menjadi pahlawan. Tugas orang lanjut usia ialah memberi tahu anak muda tentang pahlawan yang menjadi lambang bangsanya.
“Jaz” merupakan lagu Turkik yang digemari oleh penulis artikel ini. Tajuk lagu tersebut adalah bermaksud “Musim Bunga”. Lagu berbahasa Kyrgyz di Kyrgyzstan itu dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang bernama Gulzada Ryskulova. Secara kasarnya, lagu ini mengisahkan tentang kehidupan. Baginya, terdapat peristiwa yang menarik pada masa tersebut. Antaranya ialah burung berkicauan di langit dan orang menaiki bot di sungai. Lagu ini memberi nasihat tentang menjaga keamanan.
“Jalgan Ay” merupakan lagu Turkik yang digemari oleh penulis artikel ini. Tajuk lagu tersebut adalah bermaksud “Dunia Menipu”. Lagu berbahasa Kazakh di Kazakhstan itu dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang bernama Ainur Qalai. Secara kasarnya, lagu ini mengisahkan tentang pasangan lelaki dan perempuan. Betapa peritnya hati kerana orang yang dicintai bersama dengan orang lain. Isteri ataupun suami orang tidak akan menjadi pasangannya walau betapa baikpun layanan.
“Kazagım-ay” merupakan lagu Turkik yang digemari oleh penulis artikel ini. Tajuk lagu tersebut adalah bermaksud “Kazakh”. Lagu berbahasa Kazakh di Kazakhstan itu dinyanyikan oleh Gauhartas. Secara kasarnya, lagu ini mengisahkan tentang Kazakh Khanate (1465-1848). Kazakh Khanate merupakan sebuah pemerintahan yang merangkumi peta moden Barat Kazakhstan, Uzbekistan, Karakalpaskstan dan Syr Darya. Antara pemerintah yang disebut dalam lagu ini ialah Kasym Khan (1511-1521), Tauke Khan (1680-1718) dan Ablai Khan (1771-1781).
Kesimpulannya, itu adalah antara lagu Turkik yang sangat digemari oleh penulis. Kebanyakan lagu Turkik dari Asia Tengah mengisahkan tentang budaya mereka. Budaya tersebut boleh dilihat daripada segi tempat tinggal, pakaian dan apa-apa yang berkaitan dengan tradisinya. Adakah pendapat anda tentang lagu Turkik? Sila jelaskan di dalam ruangan komen di bawah.