Judul : Emma Maembong Mohon Maaf, Mengaku Buka Tudung Tapi Bukan Gambarnya Berada Dicelah Kangkang
link : Emma Maembong Mohon Maaf, Mengaku Buka Tudung Tapi Bukan Gambarnya Berada Dicelah Kangkang
Emma Maembong Mohon Maaf, Mengaku Buka Tudung Tapi Bukan Gambarnya Berada Dicelah Kangkang
Berikutan penularan gambarnya tidak bertudung, menerusi Instagram Emma Maembong mengaku wanita di dalam foto bersama Syed Abdullah itu adalah dirinya.
Menjawab pertanyaan peminatnya berhubung isu gambar panas yang tersebar, Emma memohon maaf di atas tindakannya yang membuka tudung, namun dia menegaskan bahawa wanita yang duduk di celah kangkang lelaki berkenaan bukan dirinya.
Emma juga mengakui bahawa gambar tersebut diambil baru-baru ini. Jelasnya lagi dia tidak pernah membuka hijab sebelum ini dan apa yang berlaku adalah salahnya sendiri.
Dalam pada itu, Emma turut membuat permohonan maaf secara terbuka mengakui apa yang berlaku adalah kelalaiannya sendiri dan orang lain tiada kena mengena di atas tindakannya itu. Emma turut mengucapkan terima kasih di atas nasihat netizen.
“Salam semua. Saya nak minta maaf atas salah saya lalai. Bukan salah kawan, keluarga atau sesiapa kerana diri saya sendiri yang lalai.
“Memang salah saya. Bukan salah kawan, keluarga atau siapa-siapa. Jangan salahkan mereka sebab saya sendiri yang lalai. Maafkan saya. Thank you kepada yang nasihat saya, dan yang marah yang kecewa atau sedih semua saya mintak maaf ya,” tulisnya.
Gambar Panas Mirip Emma, Abang Syed Saddiq Tersebar?
Pasti ramai yang tahu Emma Maembong kini berkawan rapat dan dikatakan sedang hangat menyulam kasih dengan seorang jejaka kacak Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.
Hari ini kecoh mengenai laporan eksklusif yang dikeluarkan oleh Kosmo!, dimana mereka menerima gambar mirip abang kepada seorang Menteri Kabinet bersama seorang wanita selebriti popular tempatan berdua-duaan di dalam bilik.
Manakala sekeping lagi gambar mirip Emma sedang berpelukan dengan seorang pemuda yang menyerupai Syed Abdullah di sebuah restoran. Menurut sumber, gambar tersebut dirakamkan kira-kira seminggu yang lalu.
Terdahulu, Emma ada berkongsikan sekeping gambarnya bersama Syed ketika bercuti di Dubai, berserta dengan ucapan hari lahir buat jejaka itu.
Malah mereka berdua juga pernah memuatnaik gambar bersama-sama dalam Instagram masing-masing namun menyertakan kapsyen dengan menjelaskan bahawa mereka hanya rakan karib.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak individu tersebut adalah Emma dan Syed Abdullah. Setakat ini masih tiada penjelasan daripada pihak Emma mahupun abang Syed Saddiq berhubung gambar berkenaan.
Sumber : rotikaya
Sumber Emma Maembong Mohon Maaf, Mengaku Buka Tudung Tapi Bukan Gambarnya Berada Dicelah Kangkang
Demikianlah Artikel Emma Maembong Mohon Maaf, Mengaku Buka Tudung Tapi Bukan Gambarnya Berada Dicelah Kangkang
Sekianlah artikel Emma Maembong Mohon Maaf, Mengaku Buka Tudung Tapi Bukan Gambarnya Berada Dicelah Kangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.