Judul : Marilah Kenali Personaliti Bayi Anda Pada Peringkat Awal Melalui Kedudukan Tidur Mereka
link : Marilah Kenali Personaliti Bayi Anda Pada Peringkat Awal Melalui Kedudukan Tidur Mereka
Marilah Kenali Personaliti Bayi Anda Pada Peringkat Awal Melalui Kedudukan Tidur Mereka
Personaliti seorang bayi semasa mereka membesar sering dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa. Sejak bayi dilahirkan sehingga mereka semakin membesar di awal usia tiga tahun, ibu bapa sebenarnya sudah boleh menilai perwatakan dan personaliti anak mereka, dan dengan ini cara didikan boleh ditambah baik.
Salah satu cara mengenali personaliti bayi ialah melalui cara postur atau kedudukan tidur mereka. Tahukah anda terdapat lima kedudukan tidur bayi yang boleh menunjukkan perwatakan dan personaliti semasa mereka sedang membesar?
Di bawah adalah lima kedudukan tidur bayi yang membolehkan ibu bapa mengenali personaliti anak mereka pada peringkat awal
#1. Tidur dalam keadaan meniarap
Tidak ramai bayi yang suka tidur dengan cara meniarap. Tidur cara ini sememangnya nampak comel, menunjukkan bayi berada dalam persekitaran yang selamat, terjamin, gembira dan ceria. Walau bagaimanapun, postur tidur cara ini tidak digalakkan kerana ia tidak berapa baik untuk peredaran darah pada tubuh badan bayi. Ia juga boleh menyebabkan penglihatan bayi menjadi kabur atau mata menjadi juling.
Ibu bapa yang suka menidurkan bayi dengan cara ini, dinasihatkan supaya menukar kedudukan tidur anak mereka. Jangan biarkan bayi anda selalu tidur dengan kedudukan ini.
#2. Tidur tanpa banyak pergerakan serta nampak bersih dan kemas
Terdapat bayi yang tidur dengan baik hampir sepanjang malam tanpa memberi banyak gangguan kepada ibu bapa. Tangannya dirapatkan di atas dada. Bayi tidak banyak bergerak dan tidur dengan nyenyak sehingga selimutnya juga sentiasa berada di sisi dengan kemas. Apabila bayi ini bangun pada waktu pagi, tempat tidurnya masih nampak bersih dan kemas. Bayi dengan kedudukan tidur begini sebenarnya anak yang baik dan mendengar kata, tetapi personalitinya lebih kepada introvert atau pendiam. Dia akan terasa kurang selamat dan mudah menjadi gementar.
Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada bayi ini dengan mendidiknya menjadi lebih berani dan mengalakkannya berinteraksi dengan persekitaran, supaya personalitinya akan menjadi lebih baik.
#3. Kedudukan tidur seperti tapak sulaiman
Ramai bayi yang suka tidur dengan kedudukan tidur seperti tapak sulaiman. Kedudukan tidur yang sangat comel dengan kedua belah tangan diletakkan di tepi kepala sambil kedua kaki yang terbuka. Bayi yang tidur dengan kedudukan ini sebenarnya seorang anak yang popular dengan keletah dan kecomelannya. Dia sangat ceria dan aktif sehingga disukai oleh semua orang.
Ibu bapa hanya perlu terus membangunkan personalitinya menjadi lebih menarik, dan mengajarnya supaya mendengar kata.
#4.Tidur dengan kedudukan gerakan empat penjuru
Bayi yang tidur dengan kedudukan ini akan banyak bergerak di waktu malam, dan ia akan membimbangkan ibu bapa lalu dia akan selalu diperhatikan. Takut bayi ini akan kesejukan atau terganggu dengan tidurnya. Walaupun ibu bapa sering berasa bimbang, kedudukan tidur jenis ini sebenarnya menunjukkan personaliti bayi yang peramah dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Apabila bayi ini membesar, dia akan menjadi popular dengan semua orang kerana personalitinya yang ceria dan menghiburkan.
#5. Tidur dengan kedudukan ‘gaya-udang’
Ramai yang tidak mengetahui mengapa ada bayi yang suka tidur dengan ‘gaya- udang’ seperti ini. Apabila tidur, bayi akan memintal dirinya sehingga kelihatan seperti udang kecil. Kebanyakan bayi yang mahu tidur perlu berpegang kepada sesuatu, jika tidak dia tidak akan dapat tidur dengan nyenyak. Jika tidak diberikan sesuatu seperti bantal atau kain, tangan dan kakinya juga boleh dijadikan tempat pautan. Tidur gaya udang mengambarkan personaliti bayi yang sedang berasa kurang selamat serta diabaikan oleh ibu bapa. Dia sedang berasa kurang mendapat kasih sayang.
Oleh itu. ibu bapa perlu menghabiskan lebih banyak masa dengan bayi ini supaya dia akan berasa mendapat belaian kasih sayang. Jika tidak apabila bayi ini membesar, dia akan terus berasa terabai, menjadi pendiam atau introvert serta berasa takut lalu meminggirkan diri daripada bergaul dengan orang lain.
Sumber: Era Baru
Sumber Marilah Kenali Personaliti Bayi Anda Pada Peringkat Awal Melalui Kedudukan Tidur Mereka
Demikianlah Artikel Marilah Kenali Personaliti Bayi Anda Pada Peringkat Awal Melalui Kedudukan Tidur Mereka
Sekianlah artikel Marilah Kenali Personaliti Bayi Anda Pada Peringkat Awal Melalui Kedudukan Tidur Mereka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.