Judul : Kontroversi peluk pelakon Zarina, hati Ismail Izzani akui tak tenang sampai tak boleh tidur malam dibuatnya
link : Kontroversi peluk pelakon Zarina, hati Ismail Izzani akui tak tenang sampai tak boleh tidur malam dibuatnya
Kontroversi peluk pelakon Zarina, hati Ismail Izzani akui tak tenang sampai tak boleh tidur malam dibuatnya
gambar mesra penyanyi muda Ismail Izzani dengan pelakon Zarina Ann Joulie di sebuah kelab malam yang dimuat naik oleh Fathia Latiff menjadi bualan ramai di laman media sosial
Pelbagai persoalan dan spekulasi bermain di fikiran peminat mereka. Adakah penyanyi lagu Luar Bisa itu menjalinkan hubungan cinta? Ataupun desas-desus tidak membayar bil penginapan hotel?
Menerusi laporan mStar Online, penyanyi berusia 18 tahun itu mengakui kontroversi tersebut sedikit sebanyak menganggu emosinya dan hidupnya tidak tenteram sehingga mengalami kesukaran untuk tidur malam.
“Sejujurnya, selepas kontroversi itu empat hari saya susah nak tidur kerana asyik memikirkan apa yang telah berlaku.
“Hati saya jadi tidak tenang dan hanya tidur tiga jam sehari. Kejadian hitam itu seperti baru berlaku semalam,” katanya.
Walau bagaimanapun, anak kepada penyanyi era 80an iaitu Datin Suliza Salam itu mengakui telah mengecewakan ahli keluarga serta seluruh rakyat Malaysia terutama peminatnya.
Tambah Ismail, dia menganggap apa yang berlaku itu merupakan satu pengajaran dan ditambah pula perjalanan karier seninya masih jauh untuk dikecapi.
“Saya telah mengecewakan semua orang dan sedar bukan mudah untuk mereka maafkan saya, cuma selepas ini saya akan buat lebih baik supaya mereka dapat menerima saya semula.
“Ini adalah ujian paling hebat yang pernah saya terima sepanjang 18 tahun hidup dan ia merupakan pengajaran sangat berguna untuk saya.
“Sebelum ini mama (Suliza Salam) pernah menasihati saya supaya berhati-hati dan ingatkan dalam industri ini artis yang akan jatuhkan artis dan sekarang baru saya percaya kata mama itu betul,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai dakwaan kenyataan dua pelakon itu, dia tidak mahu mengulas lanjut dan memilih waktu sesuai untuk berkongsi cerita sebenar.
Sumber : mStar Online
Sumber artikel : https://ift.tt/2M63e16
Sumber Kontroversi peluk pelakon Zarina, hati Ismail Izzani akui tak tenang sampai tak boleh tidur malam dibuatnya
Demikianlah Artikel Kontroversi peluk pelakon Zarina, hati Ismail Izzani akui tak tenang sampai tak boleh tidur malam dibuatnya
Sekianlah artikel Kontroversi peluk pelakon Zarina, hati Ismail Izzani akui tak tenang sampai tak boleh tidur malam dibuatnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.