Judul : Ibu Muda Ini Kongsikan Cara DIY ‘Vanity Mirror’ Guna Barang Kedai ECO RM2. Puas Hati Sangat Hasilnya Dan Paling Penting Dapat Jimatkan Duit!
link : Ibu Muda Ini Kongsikan Cara DIY ‘Vanity Mirror’ Guna Barang Kedai ECO RM2. Puas Hati Sangat Hasilnya Dan Paling Penting Dapat Jimatkan Duit!
Ibu Muda Ini Kongsikan Cara DIY ‘Vanity Mirror’ Guna Barang Kedai ECO RM2. Puas Hati Sangat Hasilnya Dan Paling Penting Dapat Jimatkan Duit!
Cermin solek berlampu atau ‘vanity mirror’ kini semakin popular di kalangan peminat deko, terutamanya tentulah perempuan.
Tapi bila tengok harganya yang dijual di kedai perabot, masing-masing terus simpankan niat untuk beli. Yalah, takut menyusahkan suami pula minta benda yang mahal-mahal dan fancy begini.
Sebenarnya, amat mudah nak DIY sendiri vanity mirror di rumah. Guna saja barang-barang terpakai dan beberapa lagi barang yang mudah didapati.
Dalam artikel ini kami tampilkan sebuah perkongsian menarik oleh Puan Siti Fathehah. Semua bahan cuma beli di Kedai ECO RM2 saja. Jimat tapi tetap nampak ekslusif tau!
Mari kita tengok langkah membuatnya.
CARA DIY VANITY MIRROR GUNA BARANG KEDAI ECO RM2. JIMATNYA!
Cantik tak vanity mirror saya?
Hari tu ada kotak lebih tak tahu nak buat apa, jadi kami pun terfikir idea untuk buat vanity mirror ini.
Mudah sangat. Bahan pun guna yang senang dapat aja. Jumlah modal yang diperlukan hanya sekitar RM50. Berbaloi buat sendiri tau.
Berikut adalah bahan-bahannya.
BAHAN-BAHAN
Mentol – 8pcs (RM16)
Tempat letak mentol warna putih – 4 plastik ada 8pcs (RM8)
Cermin – 4pcs (RM8)
Plug – 1pcs (RM2)
Wallpaper – 3pcs (RM6)
Gam – 1pcs (RM2)
Frame kayu letak vanity mirror – 4pcs (RM8)
Bekas letak barang makeup – 2pcs (RM4)
Sesiku L untuk lekatkan dekat dinding – (RM2)
Jumlah keseluruhan : RM56 sahaja
CARA-CARA
1. Anggarkan Saiz
Mula-mula boleh anggarkan saiz mengikut cermin dan lubang untuk mentol yang kita dah beli tadi. Buat rangkanya lebih kurang macam ni.
2. Cantumkan Kotak & Balut Wallpaper
Bila dah confirmkan saiznya, kita bolehlah lekatkan dan balut kotak tadi dengan wallpaper.
Ini gam dan double tape yang digunakan untuk lekatkan kotak tu. Gam beli dekat Kedai ECO RM2 juga. Gam ini memang kuat tapi ambil masa sikit nak lekat. Kalau nak cepat boleh guna gam yang jenis pistol tu.
3. Sambungkan Wayar & Mentol
Ini bahan yang digunakan untuk buat sambungan wayar ke mentol. Yang bahagian ni suami saya tolong pasangkan sebab saya tak pandai. Saya guna wayar yang dekat rumah aja sebab ada lebih. Kalau siapa tak ada, boleh beli dekat Kedai ECO RM2 juga.
Sambungannya macam ni. Yang wayar kuning tu positif, hitam negatif.
4. Tambahkan Meja
Bila dah siap bahagian atas tu, beginilah rupanya.
Sekarang ni saya tambahkan pula meja untuk letak barang make-up atau apa-apa keperluan masa nak cermin muka. Nak buat meja ni, saja guna frame kayu yang dibeli dekat Kedai ECO RM2 jugalah.
Boleh tengok contoh frame tu sebelah kiri, sebelah kanan tu yang saya dah siap balut dengan wallpaper.
5. Lekatkan Ke Dinding
Akhir sekali, dah bolehlah lekatkan ke dinding.
Untuk tampalkan kotak ke dinding, saya gunakan double tape tadi, yang macam dalam gambar di atas tu. Memang cukup kuat.
Bahagian bawahnya pula saya guna sesiku L dan drill ke dinding.
6. Siap!
Dah siap pun, beginilah hasilnya.
JIMAT & PUAS HATI
Saya banyak rujuk idea-idea yang dikongsikan di FB group deko ECO. Terima kasihlah pada yang sudi share hasil kerja masing-masing hingga terhasilnya vanity mirror versi bajet ini.
Tak apa tak dapat beli yang mahal, DIY sendiri pun tetap cantik dan puas hati. Yang penting, cukup jimat dan sememangnya praktikal!
*Cara DIY vanity mirror ini dikongsikan oleh Puan Siti Fathehah menerusi Facebook beliau. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.
Kredit artikel : https://ift.tt/2p0jQOp
Sumber Ibu Muda Ini Kongsikan Cara DIY ‘Vanity Mirror’ Guna Barang Kedai ECO RM2. Puas Hati Sangat Hasilnya Dan Paling Penting Dapat Jimatkan Duit!
Demikianlah Artikel Ibu Muda Ini Kongsikan Cara DIY ‘Vanity Mirror’ Guna Barang Kedai ECO RM2. Puas Hati Sangat Hasilnya Dan Paling Penting Dapat Jimatkan Duit!
Sekianlah artikel Ibu Muda Ini Kongsikan Cara DIY ‘Vanity Mirror’ Guna Barang Kedai ECO RM2. Puas Hati Sangat Hasilnya Dan Paling Penting Dapat Jimatkan Duit! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.