Tersebar gambar Norman KRU cuci tandas masjid di subang jaya?

Tersebar gambar Norman KRU cuci tandas masjid di subang jaya? - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tersebar gambar Norman KRU cuci tandas masjid di subang jaya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tersebar gambar Norman KRU cuci tandas masjid di subang jaya?
link : Tersebar gambar Norman KRU cuci tandas masjid di subang jaya?

Baca juga


Tersebar gambar Norman KRU cuci tandas masjid di subang jaya?

Kecoh tentang pemilik sebuah kereta Ferrari merah yang dikatakan sering mencuci tandas masjid setiap hari selepas lelaki itu menunaikan solat sunat Dhuha.

Dalam satu posting yang dimuat naik di Facebook oleh seorang pengguna, Ally Ramly, pemilik Ferrari berkenaan telah digambarkan sebagai seorang yang ‘biasa-biasa’ dan hanya berpakaian ringkas.

Kisah, serta gambarnya sedang mencuci dinding tempat mengambil wuduk telah tular di media sosial dengan rata-rata netizen memuji kerja kebajikan yang dilakukannya.

 

Bagaimanapun, tidak lama selepas tersebarnya posting itu, netizen menyedari bahawa gambar kereta yang dimuat naik itu telah diambil dari Google.

Lebih mencetuskan kekecohan sesama mereka di ruangan komen apabila kereta tersebut dikatakan milik Norman KRU.

 

Norman, atau nama sebenarnya Norman Abdul Halim ketika dihubungi mStar Online mengesahkan bahawa kereta Ferrari dalam gambar tular tersebut adalah keretanya berdasarkan nombor pendaftaran yang tertera.

“Memang kereta saya tapi saya taklah cuci masjid di Subang Jaya, jauh tu…saya tinggal di Cyberjaya.

“Gambar kereta saya tersebar dah biasa, yang luar biasa kalau kata saya cuci masjid di Subang Jaya, bukanlah saya tak boleh buat (cuci masjid) tapi Subang Jaya tu jauh sangat,” katanya.

Menurut Norman beliau kini lebih selesa menggunakan kereta biasa untuk urusan harian dan hanya memandu Ferrari tersebut sekali-sekala di kawasan tempat tinggalnya.

Mengenai nombor pendaftaran kereta yang telah tersebar, Norman mengakui agak sukar untuk menyembunyikannya memandangkan beliau sudah lama berada dalam industri hiburan tanahair.

“Bila dah lama, ada banyak benda yang tak boleh kita simpan sebagai maklumat peribadi.

“Kadang-kadang ia tersebar tanpa kita tahu, kadang-kadang ada benar, ada salah,” katanya.

Berdasarkan pemeriksaan mStar Online, posting asal kisah ini telah dipadam tetapi sempat dikongsi di media sosial sehingga tular.

Sumber: Mstar

 



Sumber Tersebar gambar Norman KRU cuci tandas masjid di subang jaya?


Demikianlah Artikel Tersebar gambar Norman KRU cuci tandas masjid di subang jaya?

Sekianlah artikel Tersebar gambar Norman KRU cuci tandas masjid di subang jaya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: