Judul : Ahmad Maslan tayang skill memasak lagi. Kali ni resipi ayam goreng terung pipit. Aerosol serangga tetap kat tepi beb!
link : Ahmad Maslan tayang skill memasak lagi. Kali ni resipi ayam goreng terung pipit. Aerosol serangga tetap kat tepi beb!
Ahmad Maslan tayang skill memasak lagi. Kali ni resipi ayam goreng terung pipit. Aerosol serangga tetap kat tepi beb!
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Ahmad Maslan (gambar) sekali lagi menunjukkan bakat terpendam menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Twitter pada Ahad.
Menu ringkas ayam goreng terung pipit yang disediakan mencuri perhatian netizen.
Bagaimanapun lebih ramai netizen yang tertarik dengan sesuatu yang ada di dapur Ahli Parlimen Pontian tersebut, sekali gus mengimbau postingnya beberapa tahun lalu.
Resepi asli: ayam goreng terung pipit..Campur bawang besar, bawang putih, halia, lada, secubit garam, minyak masak. Goreng hingga garing.. http://pic.twitter.com/jg5rW9F6qQ
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) July 30, 2017
“Resepi asli: ayam goreng terung pipit…Campur bawang besar, bawang putih, halia, lada, secubit garam, minyak masak. Goreng hingga garing,” tulisnya sambil mengongsikan beberapa keping gambar hidangan berkenaan.
Sekali lagi alat penyembur serangga diletakkan berhampiran tempat memasak hingga ia menimbulkan kebimbangan netizen kerana ia boleh membahayakan nyawa.
Terdahulu, posting Ahmad tentang kebolehannya menyediakan ‘nasi goreng campur resepi tiada GST’ telah tular pada Jun 2015.
Entri itu turut menunjukkan alat penyembur serangga diletakkan di atas meja yang hampir dengan dapur gas.
Sesekali sedia sarapan utk keluarga. Nasi goreng campur resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada prgm UMNO http://pic.twitter.com/nMACQJQSmB
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) June 14, 2015
Sumber Ahmad Maslan tayang skill memasak lagi. Kali ni resipi ayam goreng terung pipit. Aerosol serangga tetap kat tepi beb!