Akhirnya Rahayu Hassan dipenjara 4 tahun dera anak tiri

Akhirnya Rahayu Hassan dipenjara 4 tahun dera anak tiri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Akhirnya Rahayu Hassan dipenjara 4 tahun dera anak tiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akhirnya Rahayu Hassan dipenjara 4 tahun dera anak tiri
link : Akhirnya Rahayu Hassan dipenjara 4 tahun dera anak tiri

Baca juga


Akhirnya Rahayu Hassan dipenjara 4 tahun dera anak tiri

PENIAGA kosmetik dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas, hari ini, selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mengabai dan mencederakan anak tirinya berusia lima tahun sehingga mangsa mengalami pelbagai kecederaan termasuk patah 13 tulang, dua tahun lalu.

Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahayu Hassan, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Pada prosiding sama, bapa mangsa, Zulkifli Che Othman, 41, didenda RM12,000 selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara hingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan jaminan RM30,000 selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Rahayu didakwa mengabaikan Zuliana Zaara Zulkifli yang ketika itu berusia lima tahun sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di Kampung Bagus, Rantau Panjang antara Januari 2015 hingga Mei 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh dan lokasi sama, wanita itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Zulkifli didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan menjaga mangsa namun mengabaikannya sehingga kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed.

Zuliana Zaara atau lebih dikenali sebagai Yaya, 7, dan ibunya, Sana Abdul Malek, 30, turut hadir di mahkamah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera dipercayai didera ibu tiri di Rantau Panjang.

Pemeriksaan terhadap mangsa mendapati kesan parut akibat kesan luka lama hampir di seluruh badan dan cedera di kepala serta 13 tulang belakang, rusuk dan bahu patah selain kesan melecur di bahagian kemaluan.

Keterangan gambar

RAHAYU dipenjara empat tahun dan denda RM15,000 di Mahkamah Sesyen Pasir Mas.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Akhirnya Rahayu Hassan dipenjara 4 tahun dera anak tiri


Demikianlah Artikel Akhirnya Rahayu Hassan dipenjara 4 tahun dera anak tiri

Sekianlah artikel Akhirnya Rahayu Hassan dipenjara 4 tahun dera anak tiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: