Judul : Pendedahan Kisah Sebenar Gambar Viral Pengantin Pakai Topeng
link : Pendedahan Kisah Sebenar Gambar Viral Pengantin Pakai Topeng
Pendedahan Kisah Sebenar Gambar Viral Pengantin Pakai Topeng
Tiba-tiba heboh di media sosial pasangan pengantin raja sehari memakai topeng. Beberapa gambar mereka turut tersebar sehingga menjadi tanda tanya mengapa dan kenapa pengantin ini memakai topeng, adakah kerana sebab tertentu?
Segelintir netizen turut berpendapat, begitu banyak aksesori yang boleh digayakan ketika bersanding, mengapa topeng menjadi pilihan? Adakah kerana ingin mencipta kelainan dan ingin mendapatkan perhatian?
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan idea sebegini agak kreatif walaupun kelihatan seperti pelik dan janggal memandangkan lain dari yang lain serta tidak pernah dibuat orang.
Mungkin, pasangan pengantin ini ingin menyembunyikan identiti mereka ketika melangsungkan perkahwinan atau kerana si lelaki sudah berkahwin dua? Atau ada sesuatu pada wajah mereka yang ingin mereka sorokkan sehinggakan memakai topeng tersebut. Inilah antara tanda tanya dan persoalan ramai netizen di laman sosial Facebook.
Namun, perkongsian dari satu laman di Facebook ini telah menarik perhatian luar biasa dari netizen, malah ada yang tidak bersetuju dan kurang senang dengan tindakan kedua mempelai ini dengan memakai topeng.
Bagi sesetengah dari mereka, pasangan ini ingin menciptakan kelainan untuk lawak jenaka bagi mengusik hadirin yang hadir ke majlis perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, satu kenyataan telah dibuat menerusi akhbar Harian Metro dari Ketua Pemasaran Nelissa House Agency, Nelissa Adreena Nizam, seperti berikut;
“Menurut jurugambar itu, apa yang ingin ditonjolkan adalah keindahan adat perkahwinan Melayu dan kecantikan pakaian tradisional.
“Oleh itu wajah model ditutup menggunakan sarung bagi menonjolkan adat itu sendiri selain menyuntik elemen kesenian. Malah jika dilihat hasil gambar di akaun Instagram jurugambar terbabit, kebanyakan gambar banyak menggunakan konsep sama,” ujarnya.
Berikutnya adalah komen-komen dari netizen berkaitan dengan pengantin bertopeng;
Rupa-rupanya bersebab bukannya ingin mencari publisiti murahan seperti yang dikatakan segelintir netizen sebelum ini.
Sumber Pendedahan Kisah Sebenar Gambar Viral Pengantin Pakai Topeng
Demikianlah Artikel Pendedahan Kisah Sebenar Gambar Viral Pengantin Pakai Topeng
Sekianlah artikel Pendedahan Kisah Sebenar Gambar Viral Pengantin Pakai Topeng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.