Judul : Waspada! Tanpa Kita Sedari, Kita Makan 5 'Sampah' Ini Setiap Hari
link : Waspada! Tanpa Kita Sedari, Kita Makan 5 'Sampah' Ini Setiap Hari
Waspada! Tanpa Kita Sedari, Kita Makan 5 'Sampah' Ini Setiap Hari
Hari-hari sibuk dan terkejar-kejar rasanya untuk menyelesaikan tugasan di tempat kerja mahupun menjalani rutin harian di rumah.
Tak cukup dengan itu, sesetengah dari kita tak punyai cukup waktu mahu menikmati hidangan yang lengkap dari segi zat dan nutrisinya.
Sedar atau tidak disebabkan inilah kita selalu menjamah 'makanan sampah' tanpa sedar, bahkan ada di antaranya selalu kita makan. Aduh, parah!
Sebut sahaja sampah sudah pasti makanan tersebut adalah tidak elok untuk kesihatan dan dinasihatkan untuk mengelakkan dari mengambilnya selalu.
Ini antaranya:
1. Makanan dalam tin
Sebab apa dipanggil sampah? Ini kerana ia mengandungi banyak bahan pengawet. Makanan dalam tin kebanyakannya mengandungi Bisphenol A yang lambat laun akan menyebabkan diabetes, masalah jantung dan hati.
2. Makanan segera
Mungkin ramai yang sudah tahu tentang hakikat ini, namun suka jika diingatkan kembali yang makanan segera perlu dijauhkan sama sekali. Begitu juga dengan makanan yang diawetkan kerana ia boleh memberi kesan buruk pada kesihatan.
3. Makanan gorengan
Tidak dinafikan, pisang goreng, cucur atau apa sahaja makanan gorengan yang dijual di tepi jalan sangat lazat dan tiada siapa yang mampu menolak dari membelinya. Namun awas ya, 'makanan sampah' ini selalunya digoreng menggunakan minyak yang diulang pakai banyak kali.
4. Sos cili dan tomato
Memang tak sah rasanya jika tidak cicah menggunakan sos cili atau tomato. Tapi pernah tak bayangkan kualiti cili atau tomato yang digunakan. Pastinya dicampur sekali dengan buah yang busuk. Siapa tahu kan?
5. Minuman bersoda
Tak banyak berbeza dengan makanan dalam tin, minuman ini sangat tinggi kandungan bahan pengawet dan gula. Lebih baik minum air sahaja.
Jadi dah sedar atau belum makanan sampah yang selalu kita ambil seharian? Jom jadi lebih sihat dengan menjauhi makanan-makanan yang telah disebutkan.
Sumber Waspada! Tanpa Kita Sedari, Kita Makan 5 'Sampah' Ini Setiap Hari
Demikianlah Artikel Waspada! Tanpa Kita Sedari, Kita Makan 5 'Sampah' Ini Setiap Hari
Sekianlah artikel Waspada! Tanpa Kita Sedari, Kita Makan 5 'Sampah' Ini Setiap Hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.