Judul : Akaun Instagram ibu Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil diserang netizen
link : Akaun Instagram ibu Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil diserang netizen
Akaun Instagram ibu Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil diserang netizen
KUALA LUMPUR: Akaun Instagram ibu Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil menjadi tempat netizen melepaskan geram selepas tersebarnya berita penyanyi dan pelakon itu disyaki memukul isterinya, Bella Astilah.
Rata-rata netizen melayangkan komen meminta ibu Aliff menasihati anak sulungnya itu supaya jangan mengasari isteri di bawah status lama yang tiada kena-mengena dengan insiden berkenaan.
Antara perkara yang dibangkitkan netizen adalah apa yang didakwa sikap curang Aliff dan tindakannya yang disyaki mengasari isteri.
Sebahagian daripada komen itu berbaur sindiran termasuk mempertikaikan jenis didikan yang diterima jejaka kelahiran Singapura itu daripada keluarga.
Bagaimanapun, ada juga pengikut laman sosial yang menyelar tindakan netizen ‘menyerang’ Instagram ibu kepada tiga anak itu yang disifatkan sebagai tidak kena.
Mereka turut meluahkan harapan supaya pihak yang marah dengan tindakan Aliff tidak menyalahkan ibu atau keluarganya. Ini kerana Aliff sudah cukup dewasa untuk memikul tanggungjawab atas kesalahan sendiri.
Namun, ibu Aliff yang menetap di Singapura, tidak memberikan sebarang reaksi terhadap komen diterima.
Semalam, Aliff dilaporkan direman kerana dikatakan memukul isterinya, Bella Astilah, 23, di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang Khamis lalu. Namun, dia dibebaskan dengan jaminan polis, tengah hari tadi.
Bella yang masih dalam pantang anak pertama itu dikatakan ke premis hiburan terbabit bersama ibunya, kira-kira jam 4.30 petang, untuk mencari suaminya sebelum dikasari.
Sumber: Bharian
Sumber Akaun Instagram ibu Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil diserang netizen