Judul : Wanita terkejut nampak ulat menari-nari dalam ayam goreng yang dibeli di kedai mamak
link : Wanita terkejut nampak ulat menari-nari dalam ayam goreng yang dibeli di kedai mamak
Wanita terkejut nampak ulat menari-nari dalam ayam goreng yang dibeli di kedai mamak
Salah satu perkara yang boleh terjadi pada anda ketika menikmati makan malam ialah apabila terjumpa perkara yang menjijikkan seperti serangga ataupun ulat yang boleh mematahkan selera dengan segera.
Inilah yang terjadi pada seorang wanita yang hanya mahu menikmati makan malam tetapi ‘bernasib baik’ apabila ayam goreng yang dibeli olehnya itu mempunyai ulat yang masih hidup.
Menurut laporan portal berita Chinapress, wanita tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Ms Chen telah membeli 3 bungkus nasi briyani dari sebuah kedai mamak yang baru dibuka di Kuantan kira-kira jam 7 petang. Dia juga turut membeli sedikit ayam goreng dan kari kambing serta makanan untuk ibu bapanya juga.
Sejak restoran mamak tersebut dibuka orang ramai memuji restoran tersebut dan itu yang mendorongnya ingin mencuba sendiri makanan di restoran mamak itu. Ayam goreng tersebut nampak menyelerakan dan membuat keputusan untuk membelinya.
Namun ketika ayahnya baru hendak menjamah makanan tersebut, dia mendapati ayam goreng tersebut telah dicemari oleh ulat yang masih hidup di dalam ayam tersebut. Ayahnya terus berhenti dari memakan makanan tersebut, mereka kembali ke restoran mamak tersebut untuk membuat aduan.
Dia memberitahu pekerja restoran tersebut meminta maaf dan memulangkan semula duit wanita tersebut namun wanita tersebut membuat keputusan untuk memanjangkan aduannya kepada pihak berkuasa. Maka beringatlah sebelum terus menjamah makanan anda periksa dahulu. Mana tahu anda terjumpa sesuatu yang mengejutkan!
Sumber: Kaki Share
Sumber Wanita terkejut nampak ulat menari-nari dalam ayam goreng yang dibeli di kedai mamak
Demikianlah Artikel Wanita terkejut nampak ulat menari-nari dalam ayam goreng yang dibeli di kedai mamak
Sekianlah artikel Wanita terkejut nampak ulat menari-nari dalam ayam goreng yang dibeli di kedai mamak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.