Sabah tak benarkan anjing dan kucing masuk ke negeri mereka

Sabah tak benarkan anjing dan kucing masuk ke negeri mereka - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sabah tak benarkan anjing dan kucing masuk ke negeri mereka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sabah tak benarkan anjing dan kucing masuk ke negeri mereka
link : Sabah tak benarkan anjing dan kucing masuk ke negeri mereka

Baca juga


Sabah tak benarkan anjing dan kucing masuk ke negeri mereka

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) Sabah diarah meningkatkan pemantauan dan mengambil langkah segera menghalang kemasukan haiwan hidup khususnya anjing dan kucing ke negeri ini.

Sabah tak benarkan anjing dan kucing masuk ke negeri mereka

Sabah tak benarkan anjing dan kucing masuk ke negeri mereka

Ia berikutan laporan mengenai tiga kes jangkitan penyakit anjing gila atau rabies terhadap manusia di Serian, Sarawak yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan, menerusi kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin, berkata berikutan itu, semua lesen yang dikeluarkan JPHPT untuk mengimport anjing, kucing dan haiwan hidup lain dari Sarawak dan mana-mana lokasi terjejas dibatalkan serta-merta.

“Sehubungan itu, semua haiwan hidup dari Sarawak, khususnya anjing dan kucing tidak dibenarkan dibawa masuk ke negeri ini. Semua pintu masuk sudah dimaklumkan supaya meningkatkan pemantauan veterinar.

“Saya juga menggesa agar Jabatan Kesihatan bekerjasama dengan JPHPT untuk melaporkan semua kes berkaitan gigitan anjing terhadap manusia.

“Orang ramai khususnya yang tinggal berhampiran sempadan Sabah dan Sarawak juga perlu melaporkan kepada JPHPT jika mereka ternampak anjing berkelakuan mencurigakan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, berkata setakat ini Sabah masih bebas daripada ancaman penyakit anjing gila.

Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham mengesahkan tiga kanak-kanak di Serian, Sarawak masing-masing berumur empat, enam dan tujuh tahun dijangkiti penyakit berkenaan selepas digigit anjing.

Katanya, ketiga-tiga kanak-kanak itu yang mengalami demam masing-masing sejak 5 Jun, 12 Jun dan 23 Jun lalu menerima rawatan pesakit luar, namun keadaan mereka menjadi semakin teruk termasuk berubah tingkah laku dan bersikap agresif.

Berikutan itu, katanya kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Serian sebelum dihantar ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak di Kuching dan masih dirawat hingga ke hari ini.

Sumber: Bharian



Sumber Sabah tak benarkan anjing dan kucing masuk ke negeri mereka


Demikianlah Artikel Sabah tak benarkan anjing dan kucing masuk ke negeri mereka

Sekianlah artikel Sabah tak benarkan anjing dan kucing masuk ke negeri mereka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: