Memalukan negara! Tuan rumah di UK hentam 2 wanita Malaysia kedekut, tempah 1 bilik untuk 2 orang tapi bawa 5 orang

Memalukan negara! Tuan rumah di UK hentam 2 wanita Malaysia kedekut, tempah 1 bilik untuk 2 orang tapi bawa 5 orang - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Memalukan negara! Tuan rumah di UK hentam 2 wanita Malaysia kedekut, tempah 1 bilik untuk 2 orang tapi bawa 5 orang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Memalukan negara! Tuan rumah di UK hentam 2 wanita Malaysia kedekut, tempah 1 bilik untuk 2 orang tapi bawa 5 orang
link : Memalukan negara! Tuan rumah di UK hentam 2 wanita Malaysia kedekut, tempah 1 bilik untuk 2 orang tapi bawa 5 orang

Baca juga


Memalukan negara! Tuan rumah di UK hentam 2 wanita Malaysia kedekut, tempah 1 bilik untuk 2 orang tapi bawa 5 orang

Kalau nak berjimat sekali pun, janganlah sampai merosakkan reputasi orang lain dan memalukan negara!

Situasi seperti ini dikatakan berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia yang bercuti di luar negara, tetapi tidak jujur dalam membuat tempahan penginapan.

Isu ini timbul apabila seorang tuan rumah perkhidmatan sewa rumah percutian dalam talian, Airbnb di United Kingdom berkongsi tentang lebih 500 tetamunya dari seluruh dunia, termasuklah kumpulan tetamunya dari Malaysia yang didakwa paling kedekut.

Pengalaman yang dikongsi Liz Hodgkinson ini telah disiarkan di laman dailymail UK baru-baru ini.

Dalam perkongsian pengalamannya, Hodgkinson menceritakan bagaimana dua wanita Malaysia pada tahun lepas telah datang berlima walau hanya menempah satu bilik, tetapi tetap berkeras untuk menginap di tempatnya walau sudah ditegur.

Setelah puas wanita-wanita itu merayu kepadanya, Hodgkinson akhirnya mengizinkan mereka berlima menginap di tempatnya untuk satu malam.

Paparan skrin sebahagian daripada tulisan Liz Hodgkinson.

Dia pada mulanya menyangka situasi yang dialaminya itu adalah kes terpencil dan tidak melihat semua rakyat Malaysia bersikap sama terkejut apabila tuan rumah Airbnb negara lain turut berkongsi pengalaman sama bahawa mereka turut terkena helah daripada rakyat Malaysia yang ditulis sebagai ‘orang-orang yang berasal dari ceruk (Malaysia)’ itu.

Paparan skrin daripada seorang pengguna yang memberi komen di Facebook.

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Datuk Hamzah Rahmat berkata isu ini sangat berkait rapat dengan mentaliti seseorang individu.

“Kita mesti mengubah mentaliti, hormat peraturan ditetapkan tak kira di negara mana sekali pun, jangan sampai dianggap memalukan negara.

“Kalau tempahan ditetapkan ‘ikut kepala’, mereka mesti buat tempahan dengan jujur sebelum pergi bercuti,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Hamzah berkata, dalam keadaan tertentu, beliau sedar situasi seperti ini memang pernah berlaku.

“Ya, memang berlaku..mereka menginap ‘under declare’, mungkin nak jimat atau ada alasan lain,” katanya.

Menurut Hamzah, setiap individu yang membuat tempahan penginapan perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan untuk kebaikan diri mereka sendiri.

Jelasnya, mereka perlu tahu bahawa perkara ini penting bukan sahaja untuk keselesaan tetapi juga dari segi keselamatan masing-masing.

“Jika berlaku sebarang kecelakaan atau kemalangan sepanjang tempoh penginapan, ia membantu memudahkan urusan tuntutan dan sebagainya,” katanya.
Sumber: MStar



Sumber Memalukan negara! Tuan rumah di UK hentam 2 wanita Malaysia kedekut, tempah 1 bilik untuk 2 orang tapi bawa 5 orang


Demikianlah Artikel Memalukan negara! Tuan rumah di UK hentam 2 wanita Malaysia kedekut, tempah 1 bilik untuk 2 orang tapi bawa 5 orang

Sekianlah artikel Memalukan negara! Tuan rumah di UK hentam 2 wanita Malaysia kedekut, tempah 1 bilik untuk 2 orang tapi bawa 5 orang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: