20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya

20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya
link : 20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya

Baca juga


20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya

Pelbagai cara yang dilakukan untuk memeriahkan suasana Aidilfitri dan wanita ini mempunyai ideanya tersendiri untuk mengeratkan hubungan silaturrahim bersama pengguna Facebook bagi meraikan 1 Syawal.

Satu pertandingan dianjurkan untuk meneka bilangan bekas kuih raya yang dipaparkan di dalam sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya.

Pertandingannya cukup mudah, hanya memberi jawapan di ruangan komen selain membuat tanda suka (like) dan berkongsi ‘posting’ gambar tersebut.

Menariknya, pemenang yang dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan mematuhi syarat akan menerima hadiah dari luar negara dan ‘duit raya’.

Penganjurnya, Noriana Ahamad Sapari, 36, berkata, pertandingan yang berlangsung pada Rabu lalu sehingga sebelum tengah malam hari yang sama dibuat sekadar untuk memeriahkan suasana Aidilfitri kali ini.

“Saya buat sekadar suka-suka untuk memeriahkan suasana raya. Maklum sajalah setiap kali raya, semua akan sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, kenapa tidak saya melakukan sesuatu untuk merapatkan hubungan sesama umat Islam di laman sosial.

“Ia adalah kali pertama saya menganjurkan pertandingan seumpama ini. Tak sangka sambutannya amat menggalakkan, saya terima hampir 20,000 penyertaan,” katanya kepada mStar Online pada Sabtu.

Bagaimanapun dia menjelaskan bahawa dia bukan wanita di dalam gambar itu, sebaliknya gambar tersebut diambil di Internet.

Noriana atau lebih dikenali sebagai Noreen memberitahu sehingga kini masih ramai yang meneka bilangan bekas kuih raya walaupun penyertaan telah ditutup.

Menurut peguam dan ahli perniagaan ini, kira-kira 60 peratus daripada hampir 20,000 penyertaan dapat menjawab dengan betul iaitu 84 bekas kuih raya.

“Disebabkan terlalu ramai yang meneka dengan tepat, saya pilih dua pemenang berdasarkan inisiatif ‘extra’ mereka yang menghantar mesej kepada saya.

“Sebenarnya, ramai yang lain turut menghantar mesej kepada saya tetapi jawapan mereka salah,” kata Noreen yang mengumumkan pengguna Facebook, Hazita Zita Hazita Zita dan Herryz Hairiz Erry sebagai pemenang pada Khamis lalu.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini berkata, selain meneka bilangan bekas kuih raya, terdapat juga pengguna Facebook yang turut meneka jenis kuih raya di dalam bekas seperti yang tertera di dalam gambar.

Mengenai hadiah, Noreen berkata, ia dibeli sewaktu dia pergi bercuti ke Vietnam dan Itali termasuk semasa mengerjakan umrah di Makkah baru-baru ini.

“Selain hadiah dari ‘oversea’, mereka juga akan menerima ‘duit raya’ seikhlas hati saya. InsyaAllah, ia menggembirakan,” katanya yang merancang untuk menganjurkan lagi pertandingan seumpamanya di Facebook pada masa akan datang.
Sumber: Mstar



Sumber 20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya


Demikianlah Artikel 20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya

Sekianlah artikel 20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: