Judul : Raket terbang tusuk kepala ketika tengok cucu main badminton
link : Raket terbang tusuk kepala ketika tengok cucu main badminton
Raket terbang tusuk kepala ketika tengok cucu main badminton
Malang menimpa seorang wanita warga emas apabila raket badminton yang tercabut ‘terbang’ menusuk kepalanya ketika dia menyaksikan cucunya bermain, kelmarin.
Menurut laporan, wanita berusia 65 tahun itu berdiri di tepi gelanggang melihat cucunya bermain apabila raket besi digunakan kanak-kanak itu terlepas daripada genggamannya lalu melayang dan menusuk pelipis nenek berkenaan.
Bahagian pemegang raket itu bagaimanapun masih dalam genggaman cucunya.
Wanita itu dibawa ke klinik tempatan dan dalam keadaan sedar sepanjang usaha untuk mencabut raket itu.
Bomba turut dipanggil untuk membantu.
Mangsa kemudian dipindahkan ke hospital lebih besar kerana kecederaannya serius.
Dia terpaksa menjalani pembedahan tiga jam untuk mencabut raket berkenaan dan kini masih dalam pemerhatian di hospital di Neijiang di wilayah Sichuan.
Pakar bedah otak di Hospital Rakyat Neijiang, Zhang Mingsen berkata keadaan wanita itu berbahaya kerana raket berkenaan tertusuk berhampiran arteri penting.
Menurutnya, wanita itu masih berisiko terkena jangkitan kuman.
Sumber: Harian Metro
Sumber Raket terbang tusuk kepala ketika tengok cucu main badminton