Tuduhan 300,000 tiada kewarganegaraan cerita dongeng - PM

Tuduhan 300,000 tiada kewarganegaraan cerita dongeng - PM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tuduhan 300,000 tiada kewarganegaraan cerita dongeng - PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuduhan 300,000 tiada kewarganegaraan cerita dongeng - PM
link : Tuduhan 300,000 tiada kewarganegaraan cerita dongeng - PM

Baca juga


Tuduhan 300,000 tiada kewarganegaraan cerita dongeng - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan dakwaan pembangkang kononnya ada 300,000 penduduk kaum India di negara ini terabai dan teraniaya tanpa hak kewarganegaraan, sebagai cerita dongeng semata-mata.

Perdana Menteri berkata, kempen MyDaftar dilancarkan kerajaan, hanya menerima 12,726 permohonan daripada masyarakat India bagi tempoh 2010 hingga 2016, sekali gus membuktikan dakwaan itu satu pembohongan.

Daripada jumlah berkenaan, katanya, sebanyak 7,126 permohonan diluluskan membabitkan 4,390 kes kewarganegaraan, 1,946 kes daftar lewat kelahiran serta 790 kes berkaitan kad pengenalan.

Menerusi kempen Mega MyDaftar pada 2017 pula, beliau berkata, hanya 2,500 permohonan diterima di seluruh negara dengan 1,054 individu diberikan surat kelulusan warga negara pada tahun ini.

"Menerusi inisiatif MyDaftar yang masuk ke segenap pelosok, selongkar segenap negeri dan cari di serata tempat, tidak ada 300,000 'stateless Indian' sebagaimana diuar-uarkan.

"Sampai ke Parlimen Westminister (di United Kingdom), dijaja bahawa kita aniaya kaum India di negara ini. Ini cerita dongeng, yang kita dapat hanya 2,500 permohonan.

"Cerita tidak betul, sama macam cerita kita bawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh pada pilihan raya lalu, sama cerita negara akan bankrap, banyak cerita auta dan tidak berasas," katanya.

Najib berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Warga Negara anjuran Unit Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SIDEC) Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menyampaikan surat kelulusan kewarganegaraan kepada 30 daripada 1,054 individu yang memohon menerusi kempen MyDaftar.

Kempen dikendalikan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SIDEC dan Jawatankuasa Kerja Implementasi Khas (SITF) untuk mengesan individu tanpa dokumen kewarganegaraan.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Sambil menegaskan apa dilakukan kerajaan adalah berpaksikan realiti dan bukan dakwaan semata-mata, beliau berkata, usaha mengesan individu tanpa status kewarganegaraan sejajar dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang inklusif dan adil untuk semua komuniti.

"Walaupun kaum India 7.4 peratus (daripada keseluruhan populasi Malaysia), kaum minoriti tidak diabaikan," katanya sambil menambah, beliau memandang serius masalah mereka yang tiada dokumen kerakyatan.

Katanya, masalah itu cuba diselesaikan menerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Kaum India sebelum dan selepas beliau mengambil alih pucuk pimpinan negara.

"Saya ambil inisiatif sebab saya nak kerajaan kita adil," katanya sambil menyindir pemimpin terdahulu yang memerintah negara selama 22 tahun, tetapi tidak menyelesaikan isu itu.

"Saya nak selesaikan (masalah kewarganegaraan) ini 'once and for all'," kata Perdana Menteri sambut disambut tepukan gemuruh hadirin majlis berkenaan.

Najib turut mengulas peruntukan Bajet 2018 untuk kaum India, khususnya peningkatan tujuh peratus penyertaan masyarakat itu dalam perkhidmatan awam dan peluang pendidikan di institusi awam.

"Apa yang kaum India perlukan adalah 'empowerment' (pemerkasaan), bukan sedekah atau 'charity' (kebajikan)," katanya.

Terdahulu, Dr Subramaniam dalam ucapannya, menzahirkan penghargaan terhadap usaha Perdana Menteri membantu kaum India yang ketinggalan atas sebab tertentu untuk mendapatkan dokumen kewarganegaraan.

"Kita hargai jasa Perdana Menteri dan kerajaan bantu kaum India sejak 2009," katanya sambil meminta masyarakat itu tidak mengambil mudah soal daftar kelahiran bagi mengelak masalah sama berulang.

Sementara itu, beliau berkata, antara cabaran dihadapi dalam usaha mengesan individu dengan masalah berkenaan ialah perpindahan alamat, alamat tidak tepat dan pemohon meninggal dunia.

Katanya, penerima dokumen kewarganegaraan akan dibantu SIDEC mendapatkan bantuan melalui program kerajaan, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan kebajikan lain.



Sumber Tuduhan 300,000 tiada kewarganegaraan cerita dongeng - PM


Demikianlah Artikel Tuduhan 300,000 tiada kewarganegaraan cerita dongeng - PM

Sekianlah artikel Tuduhan 300,000 tiada kewarganegaraan cerita dongeng - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: