Di sebalik sibuk bekerja, Tony Fernandes berpesan agar 'nikmati kehidupan'

Di sebalik sibuk bekerja, Tony Fernandes berpesan agar 'nikmati kehidupan' - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Di sebalik sibuk bekerja, Tony Fernandes berpesan agar 'nikmati kehidupan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Di sebalik sibuk bekerja, Tony Fernandes berpesan agar 'nikmati kehidupan'
link : Di sebalik sibuk bekerja, Tony Fernandes berpesan agar 'nikmati kehidupan'

Baca juga


Di sebalik sibuk bekerja, Tony Fernandes berpesan agar 'nikmati kehidupan'

SELEPAS lebih satu dekad bertungkus-lumus melalui onak dan duri sebagai seorang usahawan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes kini mahu menghargai kehidupan dan ‘berehat’.

Menerusi wawancara bersama portal berita Channel News Asia sempena pelancaran memoir terbarunya, Flying High pada Isnin, Tony yang sering bekerja 18 jam sehari pernah beranggapan bahawa tidur itu membuang masa. Beliau berkata, dia kini mahu ‘bergerak perlahan’.

Memoir yang mengisahkan lelaki berusia 53 tahun itu, menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang telah ‘melakukan segala-galanya pada kadar maksimum.’


Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa hidup memerlukan keseimbangan, dan adalah penting untuk seseorang mendapatkan rehat yang sewajarnya.  Beliau juga berkata: "Adalah mustahil untuk memberi 100 peratus, setiap hari."

Memoir 244 muka surat itu keseluruhannya menceritkan kehidupan usahawan Malaysia berkenaan bermula dari zaman kanak-kanak, zaman remaja sebagai pelajar sekolah menengah di United Kingdom kemudian dari menjalankan sebuah syarikat muzik kepada syarikat penerbangan.

“Apabila saya menjelajah dari satu negara ke satu negara lain, ia hanya kerana mesyuarat. Sekarang, saya mahu lebih luangkan masa untuk menikmati budaya dan tempat itu.

“Kini, saya rasa lebih efektif kerana lebih stabil,” ujarnya kepada Channel News Asia.

Menurut Tony, kestabilan ini datang dari isterinya, Chloe. Mereka menjalinkan hubungan selama dua tahun sebelum mengikat tali perkahwinan dua minggu lalu. Pasangan itu pertama kali bertemu di sebuah restoran di Paris.

Tony menggambarkan isterinya yang merupakan warga Korea Selatan itu sebagai ‘faktor kestabilan yang baik’ bagi dirinya.


“Saya gembira. Saya lebih stabil. Saya tidak lagi lari tanpa tujuan. Saya sudah ada pasangan hebat yang membuatkan diri saya terisi dan gembira," katanya.

Dalam wawancara tersebut, beliau berharap agar memoir yang membuktikan mimpi boleh jadi kenyataan itu dapat memberi inspirasi buat semua.

“Buat yang terbaik dalam hidup ini, anda hanya ada satu peluang untuk melakukan apa yang anda impikan,” ujarnya. 



Sumber Di sebalik sibuk bekerja, Tony Fernandes berpesan agar 'nikmati kehidupan'


Demikianlah Artikel Di sebalik sibuk bekerja, Tony Fernandes berpesan agar 'nikmati kehidupan'

Sekianlah artikel Di sebalik sibuk bekerja, Tony Fernandes berpesan agar 'nikmati kehidupan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: