Judul : ‘Saya nekad keluar PAS dan masuk PAN kerana mahu memperjuangkan agama’ – Wak Doyok
link : ‘Saya nekad keluar PAS dan masuk PAN kerana mahu memperjuangkan agama’ – Wak Doyok
‘Saya nekad keluar PAS dan masuk PAN kerana mahu memperjuangkan agama’ – Wak Doyok
TEMERLOH: Personaliti fesyen, Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor menyertai Parti Amanah Negara (PAN) sempena sambutan ulang tahun ketiga parti itu, di sini, hari ini.
Penyertaannya dalam parti itu diumumkan Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Kempen Keahlian parti itu.
Mohd Azwan, 39, berasal dari Klang, Selangor berkata dia sebelum ini adalah ahli PAS sejak 1997 dan menyertai PAN kerana tertarik dengan keterbukaan parti itu dalam memperjuangkan konsep Islam untuk semua.
“Saya juga berminat menyertai PAN selepas melihat ia menarik ramai golongan profesional sama ada Melayu dan bukan Melayu.
“Justeru, saya mahu bersama-sama melakukan pembaharuan terutama dalam perjuangan Islam yang memberi rahmat kepada semua,” katanya ditemui di sini, hari ini.
Mohd Azwan yang juga pelakon dan usahawan, berkata antara perjuangannya adalah untuk memperkasakan ekonomi belia untuk ke satu tahap membanggakan dan memberi manfaat kepada orang muda pada masa hadapan.
“Saya adalah ikon Majlis Tindakan Ekonomi Belia Malaysia dan saya percaya dapat membantu dalam memperkasakan ekonomi orang muda menerusi PAN.
“Saya juga akan membantu parti menerapkan konsep perjuangan Islam untuk semua dengan mendidik masyarakat dalam aspek gaya hidup,” katanya.
Sumber ‘Saya nekad keluar PAS dan masuk PAN kerana mahu memperjuangkan agama’ – Wak Doyok
Demikianlah Artikel ‘Saya nekad keluar PAS dan masuk PAN kerana mahu memperjuangkan agama’ – Wak Doyok
Sekianlah artikel ‘Saya nekad keluar PAS dan masuk PAN kerana mahu memperjuangkan agama’ – Wak Doyok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.



