Judul : Sarjana Kristian Ini Kehairanan Apabila Lihat Umat Islam Ucap Merry Christmas
link : Sarjana Kristian Ini Kehairanan Apabila Lihat Umat Islam Ucap Merry Christmas
Sarjana Kristian Ini Kehairanan Apabila Lihat Umat Islam Ucap Merry Christmas
Hukum mengucapkan ‘Merry Christmas’ menjadi satu polemik yang berulang setiap tahun. Pelbagai pandangan diberikan baik oleh agamawan mahupun mereka yang bukan berlatarbelakangkan agama.
Namun, satu pendekatan yang mungkin jarang dilakukan adalah mendengar sendiri pandangan sarjana Kristian mengenai isu ini. Ternyata, mereka juga menyatakan kehairanan terhadap tingkah umat Islam yang mengucapkan merry Christmas kepada Kristian.
Hal ini diungkap oleh Dr James White, seorang sarjana Kristian yang cukup dikenali dalam arena diskusi Islam – Kristian. Beliau yang antara lain pernah berdialog dengan Dr Yasir Qadhi, menyatakan bahawa ucapan ini hakikatnya bermasalah untuk diucapkan oleh Muslim.
“Satu pandangan mengenai Krismas; saya tak dapat memahami bagaimana seorang Muslim yang bertaakul boleh mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada seorang Kristian. Saya tidaklah katakan bahawa kita tidak boleh bersikap penyayang dan peramah sesama sendiri (kita malah sedang hidup dalam dunia sekular yang hendak menghapuskan semua hak beragama, lihat sajalah China!)
Mari kita berlaku jujur: Jika Kristian benar, maka Islam salah, dan begitu jugalah sebaliknya. Krismas melibatkan bukan saja inkarnasi Anak Tuhan, doktrin utama Kristian yang mustahil diterima oleh aqidah Islam, tapi ia juga menyatakan dirinya sebagai Raja segala Raja, penguasa sekalian manusia! Inilah antara sebabnya mengapa golongan sekularis membantah hari tersebut.
Tapi seperti mana saya tidak boleh mengiktiraf, tanpa kompromi, sambutan perayaan Islami, begitulah saya dapati tidak masuk akal bagi saya untuk mengharapkan seorang Muslim menggugurkan kepercayaan mereka untuk mengucapkan Merry Christmas kepada saya. Tidak langsung saya dapati ia melukakan hati saya” – Dr James White
Maka ternyata pandangan sarjana Kristian tersebut senada dengan sejumlah besar ulama yang tidak membenarkan ucapan Merry Christmas.
Satu pengajaran yang boleh diambil oleh umat Islam adalah, hakikatnya kita tidak mengucapkan Merry Christmas tidak langsung melukakan hati penganut Kristian, sebaliknya ia menjejaskan pula aqidah yang kita anuti.
Sumber : fakirilmu.com
Sumber Sarjana Kristian Ini Kehairanan Apabila Lihat Umat Islam Ucap Merry Christmas
Demikianlah Artikel Sarjana Kristian Ini Kehairanan Apabila Lihat Umat Islam Ucap Merry Christmas
Sekianlah artikel Sarjana Kristian Ini Kehairanan Apabila Lihat Umat Islam Ucap Merry Christmas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.