"Kelantan mundur kerana rakyatnya sendiri tidak menyumbang kepada pembangunan" - Perdana Menteri

"Kelantan mundur kerana rakyatnya sendiri tidak menyumbang kepada pembangunan" - Perdana Menteri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang "Kelantan mundur kerana rakyatnya sendiri tidak menyumbang kepada pembangunan" - Perdana Menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Kelantan mundur kerana rakyatnya sendiri tidak menyumbang kepada pembangunan" - Perdana Menteri
link : "Kelantan mundur kerana rakyatnya sendiri tidak menyumbang kepada pembangunan" - Perdana Menteri

Baca juga


"Kelantan mundur kerana rakyatnya sendiri tidak menyumbang kepada pembangunan" - Perdana Menteri



KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa musykilnya mengenai kemampuan rakyat dari Kelantan yang boleh berjaya dalam pelbagai bidang terutama perusahaan dan perniagaan di tempat lain, namun tidak dapat melakukannya atau menyumbang kepada pembangunan negeri asal mereka.

Perdana Menteri berkata, beliau sendiri tidak tahu bagaimana keadaan itu berlaku dan menimbulkan persoalan sama ada ‘persekitaran’ di Kelantan yang menyebabkan rakyatnya tidak dapat membangunkan negeri mereka.

“Sebenarnya orang Kelantan ini bijak-bijak belaka, kalau kita perhatikan di mana negeri pun yang ada perusahaan dan perniagaan adalah orang Kelantan, kenapa mereka tidak boleh buat perkara itu di Kelantan adalah soalnya.

“Pekerja-pekerja kita di Singapura juga ramai orang Kelantan yang tinggal di Johor, mereka cekap, mereka boleh, tetapi persekitaran barangkali tidak kena di Kelantan. Sama-samalah kita kaji persekitaran itu untuk tentukan kenapa ia jadi demikian,” kata Perdana Menteri dalam sesi dialog pada Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di sini hari.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada seorang peserta yang bertanya mengenai langkah kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur untuk Kelantan termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan memberi manfaat besar kepada negeri itu.



Mahathir berkata ramai rakyat Kelantan juga memegang jawatan penting dalam kerajaan termasuk salah seorang yang kini menjadi setiausahanya dan ia membuktikan kemampuan mereka.

Perdana Menteri seterusnya mendedahkan bahawa tanpa bantuan daripada kerajaan pusat, kerajaan Kelantan sebenarnya tidak mampu untuk menguruskan negeri dan pentadbiran negeri itu.

Katanya, pendapatan negeri itu termasuk menerusi kutipan cukai tidak mencukupi kerana ia disifatkan sebagai sebuah negeri yang miskin.

“Saya yakin kalau orang Kelantan dapat betulkan sesuatu maka mereka dapat membantu membangunkan Kelantan lebih pesat lagi berbanding tempat lain,” katanya.



Mengenai ECRL, Perdana Menteri mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan tidak mampu menampung perbelanjaan projek tersebut buat masa ini dan menangguhkan sehingga mempunya dana yang mencukupi.

Terdahulu Mahathir turut menyampaikan ucaptama pada majlis yang dihadiri beberapa menteri kabinet selain disertai 2,500 peserta dan delegasi. – Bernama

Sumber "Kelantan mundur kerana rakyatnya sendiri tidak menyumbang kepada pembangunan" - Perdana Menteri


Demikianlah Artikel "Kelantan mundur kerana rakyatnya sendiri tidak menyumbang kepada pembangunan" - Perdana Menteri

Sekianlah artikel "Kelantan mundur kerana rakyatnya sendiri tidak menyumbang kepada pembangunan" - Perdana Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.