'Semoga lebih ramai Shahnon Ahmad lahir di masa depan'

'Semoga lebih ramai Shahnon Ahmad lahir di masa depan' - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Semoga lebih ramai Shahnon Ahmad lahir di masa depan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Semoga lebih ramai Shahnon Ahmad lahir di masa depan'
link : 'Semoga lebih ramai Shahnon Ahmad lahir di masa depan'

Baca juga


'Semoga lebih ramai Shahnon Ahmad lahir di masa depan'

PULAU PINANG: Pemergian Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad merupakan satu kehilangan besar buat warga Universiti Sains Malaysia (USM).

Sumbangan Shahnon dalam mendidik anak bangsa di USM tidak dapat dinilai dengan kata-kata dan kehilangannya sukar dicari ganti.

Ombudsman USM, Professor Datuk Seri Md.Salleh Yaapar berkata, bekas Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan itu amat dekat dihati warga USM dan rakan sejawat yang lain.

Sifatnya yang begitu menghargai sastera menjadikannya beliau seorang Sasterawan yang unik  dalam memperjuangkan sastera seterusnya memartabatkan kesusateraan Melayu dan Islam sehingga dapat menghasilkan karya agung yang memberi impak besar kepada masyarakat.

BACA: Sasterawan Negara Shahnon Ahmad meninggal dunia

Shahnon Ahmad

"Karyanya juga ada gema diluar dan ia menggemakan yang di luar sana. Justeru, saya fikir amatlah layak Shahnon diberi Anugerah Sastera Negara dengan gelaran Sasterawan Negara itu.

"Dengan itu, saya fikir memang sumbangan Shahnon amat besar dan kita di USM amat berbangga kerana beliau menghabiskan sekitar 20 tahun umurnya berkhidmat di sini dan beliau menyumbang kepada kesusasteraan negara dan sastera kita diangkat ke peringkat antarabangsa," kata Md Salleh.

Menurutnya, beliau mengenali Shahnon secara peribadi dan amat terkesan dengan kehilangan seorang tokoh Sasterawan dan berharap akan lahir lebih ramai ‘Shahnon Ahmad’ di masa depan.

"Pemergian Shahnon adalah kerugian di sini terutamanya dalam bahagian kesusasteraan untuk USM dan warga USM secara keseluruhan.

"Beliau seorang karyawan, seorang sarjana namun pada masa sam, bila beliau berjuang dengan lantangnya, konsep Sastera Islam, dia berjuang sebagai seorang sarjana, tidak banyak masuk dalam bidang penulisan kreatif, sukar kurang tetapi dlm bidang kesarjanaan semua adalah sarjana," katanya.

Md Salleh berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di USM di sini pada Selasa.

Selain menjawat jawatan Dekan, Shahnon turut dilantik memegang beberapa jawatan lain di USM termasuk pensyarah USM (1974) dan memperolehi Sarjana Sastera USM (1975.

Beliau memegang jawatan Profesor Sastera USM pada Jun 1980 dan mendapat profesor penuh USM pada 1982 dan seterusnya sebagai Pengarah Pusat Islam, USM.

Shahnon meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang pada 8 pagi hari ini dan jenazahnya selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas Bandar Baru Bangi .

Disifatkan sebagai "Revolutioner", Allahyarham yang dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982 sering mengetengahkan isu rakyat dalam karya-karya beliau.

Antara karya yang terkenal ialah Ranjau Sepanjang Jalan (1973) dan Rentong (1965).



Sumber 'Semoga lebih ramai Shahnon Ahmad lahir di masa depan'


Demikianlah Artikel 'Semoga lebih ramai Shahnon Ahmad lahir di masa depan'

Sekianlah artikel 'Semoga lebih ramai Shahnon Ahmad lahir di masa depan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :