Polis Thailand rampas dadah bernilai setengah bilion ringgit

Polis Thailand rampas dadah bernilai setengah bilion ringgit - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Polis Thailand rampas dadah bernilai setengah bilion ringgit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Thailand rampas dadah bernilai setengah bilion ringgit
link : Polis Thailand rampas dadah bernilai setengah bilion ringgit

Baca juga


Polis Thailand rampas dadah bernilai setengah bilion ringgit

BANGKOK: Polis Thailand merampas 5.37 juta pil 'Yaba' dan 120 kilogram (kg) dadah jenis Ice (Crystal Methaphetamine) sebelum ia dapat diedarkan di sekitar Bangkok selain diseludup ke negara-negara jiran.

Ketua Polis Thailand Jen Chakthip Chaijinda berkata dadah itu, yang berasal dari Negeri Wa di selatan, wilayah autonomi di Myanmar yang dikenali sebagai antara kawasan pengeluaran dadah paling aktif yang bersempadan dengan utara Thailand.

"Susulan penahanan dua lelaki semalam, polis menemukan 2.5 juta pil 'Yaba' dalam sebuah trak pikap dan merampas 2.87 juta lagi pil 'Yaba' serta 20 kg dadah 'Crystal Methaphetamine' di sebuah rumah sewa di Nonthaburi dekat Bangkok," kata beliau.

Dalam operasi itu polis juga merampas rifel M-16 dan tiga buah kenderaan.

Menurut Chakthip, dadah itu ialah milik sindiket yang sama selepas polis membuat dua rampasan dadah terbesar awal bulan ini dan bulan lepas.

Beliau berkata, hasil rampasan semalam, jumlah dadah yang dirampas daripada sindiket itu sejak tiga minggu lepas ialah 26 juta pil 'Yaba' yang dianggarkan bernilai 4 bilion Baht (kira-kira RM506 juta).

Beliau berkata jumlah digabungkan dadah 'Crystal Methaphetamine' yang dirampas dalam operasi selama tiga minggu dianggarkan 400 juta Baht (RM50.6 juta).

Nilai dadah itu boleh mencecah beberapa kali ganda jika dapat memasuki pasaran luar negara.

Dalam operasi sebelumnya yang dilancarkan pada November dan awal bulan ini, polis Thailand merampas 20.8 juta pil 'Yaba' dan 12 kg dadah 'Crystal Methaphetamine' di sekitar Bangkok serta menahan beberapa lelaki yang disyaki menjadi anggota sindiket dadah.

-- BERNAMA



Sumber Polis Thailand rampas dadah bernilai setengah bilion ringgit


Demikianlah Artikel Polis Thailand rampas dadah bernilai setengah bilion ringgit

Sekianlah artikel Polis Thailand rampas dadah bernilai setengah bilion ringgit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :