Ketum berpotensi sebagai rawatan dadah, tahan sakit - USM

Ketum berpotensi sebagai rawatan dadah, tahan sakit - USM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Ketum berpotensi sebagai rawatan dadah, tahan sakit - USM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketum berpotensi sebagai rawatan dadah, tahan sakit - USM
link : Ketum berpotensi sebagai rawatan dadah, tahan sakit - USM

Baca juga


Ketum berpotensi sebagai rawatan dadah, tahan sakit - USM

GEORGE TOWN: Para penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) masih lagi menjalankan kajian ke atas tumbuhan ketum yang dikatakan berpotensi sebagai ubat tahan sakit yang baharu.

Malah, menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor, ketum juga berpotensi bagi menggantikan methadon yang digunakan dalam mengubati masalah ketagihan dadah terutamanya selepas penagih itu berhenti mengambil dadah.

Bagaimanapun, katanya tiada lagi kajian klinikal yang berjaya membuktikan perkara itu.

"Kajian masih dijalankan, belum selesai lagi. Tapi kita ada potensi, kena buat kajian lagi. Kita belum buat kajian klinikal terhadap manusia dan hanya dilakukan pada haiwan.

"Kita memerlukan data-data dalam haiwan itu untuk dapat kelulusan terhadap etika manusia. Sekarang tidak boleh lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum pelantikan profesor bertajuk Ketum: Sejarah Penggunaan dan Penemuan Terkini di sini pada Khamis.

Menurut Sharif Mahsufi sebelum ini ketum sangat terkenal di dalam perubatan khususnya bagi merawat gejala penagihan dadah seperti mengawal gejala tarikan dan terapi gantian.

"Untuk merawat gejala penagihan dadah ada dua perkara yang perlu diambil kira. Pertama untuk mengawal gejala tarikan dan kedua, terapi gantian methadon," katanya.

Mengulas lanjut, Sharif Mahsufi berkata, pihaknya turut menjalankan penyelidikan bagi membangunkan ubat baharu terhadap jangkitan kulat sistemik yang kemungkinan berlaku kepada penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Katanya, kajian yang dijalankan sejak 2007 itu berjaya menemui ubat antikulat baru (CDR2) yang difailkan oleh USM pada 2016 bagi rawatan jangkitan kulat sistemik seperti aspergilosis dan pihaknya kini sedang menanti kelulusan daripada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO).

Jelas beliau, kajian yang dijalankan terhadap ketum sejak 1960 sehingga kini sudah mengenal pasti sebanyak 57 sebatian daripada pelbagai spesis Mitragyna malah daripada jumlah itu, terdapat 37 jenis alkaloid unik bagi ketum dan alkaloid utama bagi daun ketum ialah mitraginina.

Sementara itu, Sharif Mahsufi berharap, USM dapat bekerjasama dengan agensi penyelidikan lain seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada masa akan datang bagi mencari baka ketum yang terbaik di Malaysia untuk melengkapkan hasil kajian tersebut.



Sumber Ketum berpotensi sebagai rawatan dadah, tahan sakit - USM


Demikianlah Artikel Ketum berpotensi sebagai rawatan dadah, tahan sakit - USM

Sekianlah artikel Ketum berpotensi sebagai rawatan dadah, tahan sakit - USM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :