'Ibu rayu pulangkan Adam'

'Ibu rayu pulangkan Adam' - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Ibu rayu pulangkan Adam', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Ibu rayu pulangkan Adam'
link : 'Ibu rayu pulangkan Adam'

Baca juga


'Ibu rayu pulangkan Adam'

BANDAR SERI JEMPOL: Seorang wanita Thailand mendakwa anak lelakinya yang berusia empat tahun, dilarikan bekas pekerja restoran ibunya yang juga penduduk tempatan, sejak hampir dua tahun lalu.

Alice Jarong, 28, yang berasal dari Pattani, mendakwa terlalu merindui anak keduanya itu, Alif Hiransumton atau nama panggilannya Adam, yang kali terakhir ditemui akhir tahun 2015, ketika membawa kanak-kanak itu bercuti di Bangkok.

Mengimbas kehilangan anaknya itu, Alice mendakwa, wanita tempatan berusia 40-an itu bekerja di restoran milik ibunya di bandar ini pada 2014, sebelum ini amat rapat dengan keluarga mereka.

"Adam dibawa ke Jempol ketika berusia tujuh bulan kerana saya membantu ibu menguruskan restorannya, tiga tahun lalu. Wanita itu kelihatan amat sayangkan anak saya dan kerap membawanya pulang ke rumah selepas habis bekerja.

"Pada awal tahun 2015, saya terpaksa pulang ke Pattani kerana anak sulung mula bersekolah dan meninggalkan Adam di bawah jagaan ibu. Ketika itu, wanita berkenaan meminta kebenaran untuk menjaganya dan kami mengizinkan kerana dia membawa anak saya ke restoran setiap hari.

"Bagaimanapun keadaan berubah apabila ibu saya memberitahu hasrat menutup perniagaannya, menyebabkan wanita terbabit menghilangkan diri bersama anak saya pada April tahun lalu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Alice mendakwa, pelbagai usaha dilakukannya untuk mengesan wanita itu termasuk membuat hebahan menerusi Facebook serta mengunjungi rumah keluarganya di Gurun, Kedah, namun gagal.

Katanya, beliau tidak membuat laporan polis sebelum ini kerana tidak mahu wanita itu ditangkap dan dipenjarakan.

Dakwanya, dengan bantuan seorang kenalan Facebook, dia akhirnya memperoleh nombor telefon wanita itu dan berjaya menghubunginya Khamis lalu sebelum merayu supaya anaknya dikembalikan.

"Dia berjanji memulangkan anak saya di sini pada Sabtu lalu, namun tidak berbuat demikian, malah menutup talian telefonnya. Berikutan itu, saya membuat laporan polis di Balai Polis Gurun, semalam, dan Balai Polis Bandar Seri Jempol (awal pagi tadi)," dakwanya.

Alice merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Adam atau wanita terbabit yang dipercayai masih berada di sekitar daerah ini, supaya menghubunginya menerusi telefon 017-410 0539 atau 016-444 8103.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, mengesahkan menerima laporan warga Thailand terbabit dan sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kes itu.



Sumber 'Ibu rayu pulangkan Adam'


Demikianlah Artikel 'Ibu rayu pulangkan Adam'

Sekianlah artikel 'Ibu rayu pulangkan Adam' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :