Judul : Hidap sakit misteri, muntah darah, penyanyi meninggal dunia
link : Hidap sakit misteri, muntah darah, penyanyi meninggal dunia
Hidap sakit misteri, muntah darah, penyanyi meninggal dunia
Penyanyi kumpulan rock 90-an Norman atau nama sebenar Mohd Nor Hussin dikatakan mengidap penyakit misteri sebelum meninggal dunia. — Foto ihsan Facebook/Kuala Terengganu PostDUNGUN, 10 Dis — Penyanyi kumpulan rock 90-an Panji meninggal dunia di rumahnya di Jalan Lembah, Kampung Sungai Buaya di sini.
Norman, 55, nama sebenar Mohd Nor Hussin dikatakan mengidap penyakit misteri dan muntah darah sebelum menghembuskan nafas terakhir jam 7.45 malam tadi, lapor Kosmo.
Adiknya Mohd Shafie, 54, berkata tubuh Allahyarham tidak bermaya dan kurus mendadak sejak pertengahan tahun lalu.
Lapor Berita Harian, rakan baik Allahyarham berkata doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu belum dapat mengesahkan penyakitnya.
“Pada 3 Disember lalu, arwah sekali lagi menjalani ujian dan sepatutnya 18 Disember ini perlu menghadiri temu janji di HSNZ untuk keputusan mengenai penyakitnya,” kata Mohd Fadli Abdullah, 48.
Allahyarham meninggalkan empat anak berusia antara 11 hingga 16 tahun. Jenazahnya dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya di sini.
Sumber Hidap sakit misteri, muntah darah, penyanyi meninggal dunia