Judul : 48 jam dalam pembentung, remaja ditemui cedera, lesu
link : 48 jam dalam pembentung, remaja ditemui cedera, lesu
48 jam dalam pembentung, remaja ditemui cedera, lesu
Anggota balai bomba dan penyelamat Tampin menyelamatkan seorang remaja yang terperangkap dalam pembentung sedalam 20 meter. — Foto ihsan Facebook/Bomba Dan Penyelamat TampinTAMPIN, 10 Dis — Seorang remaja lelaki terjatuh dan terperangkap dalam pembentung berhampiran sebuah tokong di Taman Woon, di sini, pada Khamis.
Kuang Choon Kang, 18, yang tidak makan dan minum ketika 48 jam terperangkap, ditemui tidak bermaya dan cedera di leher serta kaki sebelum dibawa ke Hospital Tampin.
“Mangsa ditemui tersangkut dalam terowong sedalam 20 meter setelah kira-kira sejam pencarian,” kata ketua bomba dan penyelamat Tampin S Dullasi Nathan, lapor Sinar Harian.
Kuang dikatakan tiba-tiba “berkelakuan pelik” sebelum begnya yang memuatkan nota bertulisan Cina bermaksud “mahu mati sendiri” dan bekalan makanan, ditemui penduduk kampung yang turut mencarinya.
Mangsa ditemui jam 11.40 pagi semalam di pembentung air berdekatan hutan Gunung Tampin, hasil aduan kehilangan magsa oleh pengerusi JKKK Kampung Baru Tampin Koh Kim Swee.
Sumber 48 jam dalam pembentung, remaja ditemui cedera, lesu