Judul : Hantar DVD dan mesej tak senonoh, buruh dipenjara 6 bulan
link : Hantar DVD dan mesej tak senonoh, buruh dipenjara 6 bulan
Hantar DVD dan mesej tak senonoh, buruh dipenjara 6 bulan
Padah menghantar cakera video digital (DVD) dan mesej tidak senonoh kepada seorang janda bagi tujuan yang tidak elok, seorang buruh lelaki dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret Parit, Perak, lapor Harian Metro.
Tertuduh, Megat Amir Asrul Megat Shaharuddin, 32, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.
Megat Amir didakwa dengan maksud mahu mengaibkan kehormatan seorang ibu tunggal berusia 52 tahun apabila memberikan satu DVD berunsur 18 tahun ke atas dan kertas tulisan yang mengandungi ayat yang tidak senonoh dengan maksud tulisan dan DVD berkenaan menganggu kesantunan wanita terbabit.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan rumah wanita berkenaan di Kampung Bakong, Mukim Lambor Kiri, Bota, pada jam 7.15 pagi Jumaat lalu.
Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor Hamidah Hamzah, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Harbans Kaur.
Sumber Hantar DVD dan mesej tak senonoh, buruh dipenjara 6 bulan
Demikianlah Artikel Hantar DVD dan mesej tak senonoh, buruh dipenjara 6 bulan
Sekianlah artikel Hantar DVD dan mesej tak senonoh, buruh dipenjara 6 bulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.