GST, tarik subsidi punca kos sara hidup ― Yin Shao Loong

GST, tarik subsidi punca kos sara hidup ― Yin Shao Loong - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang GST, tarik subsidi punca kos sara hidup ― Yin Shao Loong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GST, tarik subsidi punca kos sara hidup ― Yin Shao Loong
link : GST, tarik subsidi punca kos sara hidup ― Yin Shao Loong

Baca juga


GST, tarik subsidi punca kos sara hidup ― Yin Shao Loong

27 DISEMBER ― Merujuk kenyataan bekas pegawai Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Isham Jalil, adalah ditegaskan kenaikan kos sara hidup di Selangor bukannya berpunca daripada cukai dan kos berkaitan hartanah, perumahan dan premis perniagaan di negeri ini.

Kerajaan negeri Selangor prihatin dan berusaha mengatasi beban ekonomi setiap isi rumah di negeri ini dengan melaksanakan program Peduli Rakyat.

Menerusinya, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengecualikan cukai pintu terhadap 790,443 rumah kampung dan kos rendah di Selangor (RM113 juta), mengecualikan fi lesen niaga terhadap seramai 162,010 peniaga (RM19.3 juta) sejak 2016 dan bayaran nominal hanya RM1,000 bagi pemilikan tanah kediaman kepada 5,317 peneroka tanah negeri ini yang tidak mampu membayar premium.

Kerajaan negeri juga tidak pernah meminda Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 dan kekal komited dengan tarif cukai tanah semasa bagi semua jenis hartanah di Selangor sejak 14 tahun lalu.

Kenyataan Isham itu terlalu dangkal dan andaian semata-mata kerana hakikatnya, punca kos sara hidup meningkat adalah disebabkan penarikan subsidi beberapa barangan memasak, subsidi petrol, kemerosotan ringgit dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan Persekutuan.

Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2016 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan penduduk Putrajaya dan Kuala Lumpur di bawah Barisan Nasional (BN) yang paling banyak mengeluarkan perbelanjaan bulanan isi rumah.

Adakah ia berpunca daripada cukai dan kos berkaitan hartanah, perumahan dan premis perniagaan di Wilayah Persekutuan?

Dijangkakan, kos sara hidup rakyat negara ini akan naik mendadak tahun depan, susulan arahan kerajaan persekutuan mahu majikan membayar levi pekerja asing, berkuatkuasa 1 Januari ini.

Pastinya, majikan terpaksa memindahkan kos pembayaran levi itu kepada pengguna, menyebabkan saiz poket rakyat Malaysia terus menguncup.

* Yin Shao Loong adalah pengarah komunikasi strategik Pejabat Menteri Besar Selangor

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.



Sumber GST, tarik subsidi punca kos sara hidup ― Yin Shao Loong


Demikianlah Artikel GST, tarik subsidi punca kos sara hidup ― Yin Shao Loong

Sekianlah artikel GST, tarik subsidi punca kos sara hidup ― Yin Shao Loong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :