Judul : Dituduh cabul anak 12 tahun, lelaki dakwa salah faham
link : Dituduh cabul anak 12 tahun, lelaki dakwa salah faham
Dituduh cabul anak 12 tahun, lelaki dakwa salah faham
Hakim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Januari ini untuk sebutan semula kes. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 21 Dis — Seorang lelaki warga Iran didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan seksual terhadap anak perempuan tirinya yang berumur 12 tahun, minggu lepas.
Tertuduh berusia 28 tahun yang bekerja sebagai jurubahasa di sebuah agensi kanak-kanak itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.
Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Ampang di sini pada 4 petang, 12 Disember lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya M. Arunjothy tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh namun lelaki itu yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah membenarkan dia diikat jamin untuk membolehkannya berjumpa dengan keluarga dan menerangkan keadaan sebenar.
“Saya sayangkan isteri saya, saya sayangkan anak tiri saya… ia hanya satu salah faham,” katanya yang menetap di Malaysia kerana berkahwin dengan warga tempatan manakala keluarganya yang lain berada di Iran.
Hakim Mohamad Kamil bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Januari ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan jurubahasa Iran. — Bernama
Sumber Dituduh cabul anak 12 tahun, lelaki dakwa salah faham