Judul : Cikgu Azizan ‘trauma’ kes cederakan pipi murid
link : Cikgu Azizan ‘trauma’ kes cederakan pipi murid
Cikgu Azizan ‘trauma’ kes cederakan pipi murid
Mahkamah Majistret Seremban melepaskan tanpa membebaskan Azizan Manap (tengah), guru SK Taman Semarak, Nilai, daripada tuduhan mencederakan murid, 19 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Rima NilzahSHAH ALAM, 25 Dis — Cikgu Azizan Manap “trauma” berdepan kes mahkamah atas tuduhan mencederakan murid sekolahnya di Nilai pada April lalu.
Walau kes itu kini dilepaskan, penolong kanan hal ehwal murid menyifatkan apa yang dialaminya itu “tamparan hebat” buatnya, lapor Sinar Harian.
“Memang pengajaran yang sangat besar bagi saya. Saya akui trauma selama beberapa bulan ini. Hanya kepada Allah saya serahkan untung nasib.
“Ia melibatkan perjawatan dalam pekerjaan dan juga periuk nasi saya. Saya anak sulung, ibu sudah tua, ayah saya pula lumpuh,” katanya.
Memikil tanggungjawab keluarga di bahunya, Azizan tidak menyangka niat baik mendidik anak bangsa bertukar kes mahkamah dan kontroversi.
Sudah memaafkan murid terbabit dan keluarganya, beliau berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.
“Secara peribadi minta maaf kepada semua orang, termasuk keluarga murid tersebut. Saya maafkan anak mereka. Semoga dia berjaya dunia dan akhirat.
“Niat saya baik untuk mendidik anak-anak murid,” katanya lagi.
Azizan, 44, dari Sekolah Rendah Taman Semarak didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pipi murid 11 tahun pada jam 7 pagi, 6 April lalu.
Didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, beliau bagaimananapun dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut 19 Disember lalu.
Jika sabit, beliau berdepan penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Sumber Cikgu Azizan ‘trauma’ kes cederakan pipi murid