Judul : Bayi yu doo...doo...
link : Bayi yu doo...doo...
Bayi yu doo...doo...
Tidak dinafikan fenomena lagu Baby Shark menguasai minda masyarakat terutama kanak-kanak pada waktu ini.
Malah, ia ditonton lebih 1.5 bilion di laman sosial di seluruh dunia.
Sempena musim cuti sekolah ini, Pinkfong dengan kerjasama Astro membawakan Baby Shark ke dalam versi bahasa Melayu iaitu Bayi Yu.
Menyediakan 70 lagu, pelanggan boleh mendapatkannya menerusi saluran Astro Best 481 dengan bayaran RM10 untuk tontonan selama lima hari.
Pakej itu sudah mula dijual sejak 1 Disember lalu. Pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai barangan ekslusif Pinkfong di Go Shop.
Naib Presiden Pengurusan Bahagian Kandungan Astro Agnes Rozario berkata, pihaknya sentiasa memberikan yang terbaik buat semua pelanggan Astro.
“Kami harap kerjasama ini dapat memberi lebih banyak manfaat buat pelanggan Astro dengan pengisian kandungan edutainment yang disediakan.
“Dengan adanya kerjasama ini kami sangat teruja untuk berkongsi keseronokan dengan pelanggan terutama kanak-kanak,” katanya.
Sementara itu, pengasas bersama dan Naib Presiden Kanan SmartStudy, Ryan Seungkyu Lee berkata, satu perkara yang sangat menyeronokkan apabila lagu dan video muzik Pinkfong mendapat sambutan menggalakkan.
“Kami yakin dengan suasana yang menyeronokkan mampu mendorong kanak-kanak untuk lebih fokus pada apa yang mereka lakukan.
“Dengan versi Bayi Yu, kami berharap ia dapat menarik perhatian rakyat Malaysia. Kami juga sangat teruja untuk berkongsi pelbagai barangan keluaran Pinkfong yang sesuai digunakan untuk seisi keluarga,” katanya.
Sumber Bayi yu doo...doo...