Judul : Tiga bom lama untuk latihan tentera ditemui
link : Tiga bom lama untuk latihan tentera ditemui
Tiga bom lama untuk latihan tentera ditemui
Skuad pemusnah bom mengesahkan tiga butir yang ditemui orang awam adalah bom lama yang digunakan dalam latihan ketenteraan. — Foto ihsan Facebook/Front DeskKUANTAN, 10 Dis — Tiga butir bom lama dipercayai milik tentera ditemukan di kawasan lapang di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Semambu di sini, semalam.
Ketua polis daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata bom itu dijumpai oleh pekerja pembinaan kawasan perumahan berhampiran, yang kemudiannya menghubungi polis pada 9 pagi.
“Skuad pemusnah bom dikejarkan ke kawasan itu dan siasatan mengesahkan bom tersebut ialah bom lama yang digunakan dalam latihan ketenteraan.
“Bom itu juga disahkan tidak berada dalam keadaan berbahaya kepada penduduk,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Aziz menambah bom itu telah dibawa pulang untuk dimusnahkan semalam. — Bernama
Sumber Tiga bom lama untuk latihan tentera ditemui