Pelajar dibenar bawa alat peranti ke sekolah mulai tahun depan

Pelajar dibenar bawa alat peranti ke sekolah mulai tahun depan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pelajar dibenar bawa alat peranti ke sekolah mulai tahun depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar dibenar bawa alat peranti ke sekolah mulai tahun depan
link : Pelajar dibenar bawa alat peranti ke sekolah mulai tahun depan

Baca juga


Pelajar dibenar bawa alat peranti ke sekolah mulai tahun depan

Kementerian Pendidikan bakal membenarkan pelajar sekolah di seluruh negara menggunakan alat peranti kecuali telefon bimbit di sekolah, bermula awal tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata keputusan membenarkan penggunaan peranti secara terkawal di sekolah itu kini dalam peringkat akhir perbincangan termasuk penetapan garis panduan dan pengeluaran pekeliling.

Bagaimanapun katanya, telefon bimbit dikecualikan daripada kebenaran penggunaan alat peranti di sekolah kerana ia dilihat mampu mengganggu dan menjejaskan tumpuan pelajar di dalam kelas.

“Melihat kepada gelombang teknologi masa kini, kebanyakan negara maju sudah lama membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran dalam kelas.

“Apapun kementerian masih meneliti kaedah terbaik dalam mengawal penggunaan alat peranti termasuk hanya dikhaskan untuk masa dan subjek tertentu,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-24 di Institut Aminuddin Baki, di sini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Sri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Sebelum ini kementerian pernah bercadang membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan.

 

Sumber: Mynewshub



Sumber Pelajar dibenar bawa alat peranti ke sekolah mulai tahun depan


Demikianlah Artikel Pelajar dibenar bawa alat peranti ke sekolah mulai tahun depan

Sekianlah artikel Pelajar dibenar bawa alat peranti ke sekolah mulai tahun depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :